Selepas Lantang Mempertahankan Negara Islam, Allah Balas Turki Dengan Penemuan Gas Asli Di Laut Hitam

Turki telah mencapai satu lagi kejayaan, apabila negaranya berjaya menemui gas asli dalam jumlah yang besar di Selatan Laut Hitam.

Menurut Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, negara itu telah menemui kira-kira 135 billion kubik meter padu gas asli.

Ia dijangka dapat dikeluarkan dan digunakan menjelang 2023.

Kejayaan ini sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap import sumber tenaga dari luar.

Sama seperti tahun lalu, apabila mereka turut menemui 405 bilion kubik meter padu simpanan gas asli di wilayah Laut Hitam Sakarya, iaitu 100 batu nautika di utara pantai Turki, menurut laporan agensi berita Xinhua.

Penemuan ini akan dapat membantu Turki dalam mengurangkan kebergantungan negaranya terhadap import sumber tenaga lain, jika gas terbabit dapat di ekstrak secara komersial.

Tambahan lagi, ketika ini, Turki bergantung penuh dengan Rusia untuk sumber tenaganya dan berhasrat untuk mempelbagaikan lagi bekalannya.

Sebelum ini, Erdogan pernah mengarahkan kerja penerokaan semula sumber tenaga di luar pantai selatan Turki, yang sentiasa menjadi pertikaian di perairan timur Mediterranean.

Isu berkenaan telah mencetuskan pertelingkꭤhꭤn antara Ankara dan Athens, Cyprus dan Kesatuan Eropah dan hanya membμrμkkan lagi ketegꭤngꭤn yang sedia ada dengan Perancis yang akhirnya membuat mereka bertindak untuk meningkatkan lagi kehadiran tɛntɛrꭤ mereka di rantau terbabit.

Sumber:

[1] Rujukan, Info Malaysia & Viral Video

[2] Gambar 1, HarianMetro

[3] Gambar 2, Berita Harian

[4] Gambar utama (gambar hiasan), Medcom dan The Guardian

Leave a Reply

Your email address will not be published.