(Video) Kahwin Buat Kali ke-37! Dihadiri Oleh 28 Isteri, 135 Anak Dan 126 Cucu !

Rasanya, semua orang pernah dengar tentang kisah pemerintah zaman dahulu yang mempunyai ramai isteri atau perempuan simpanan.

Tapi ia tidaklah pelik atau janggal kerana sudah dianggap kebiasaan pada zaman itu tetapi agak janggal dan pelik jika ia berlaku pada zaman sekarang.

Tiada yang mustahil bagi seorang lelaki ini, apabila beliau baru sahaja melangsungkan pernikahannya buat kali ke-37.

Lagi mengejutkan apabila pernikahannya itu dihadiri oleh seluruh keluarganya, yang terdiri daripada 28 isteri, 135 anak dan 126 cucu.

Lelaki itu pernah berkahwin sebanyak 36 kali sebelum ini, tetapi kini hanya 28 daripada 37 isterinya yang masih hidup dan masih tinggal bersama dengannya.

Video pernikahan lelaki tersebut bersama pasangannya menjadi viral di media sosial.


Rata-rata warganet meluahkan rasa hairan tentang cara lelaki tersebut dapat menguruskan sebuah keluarga yang sangat besar itu.

Namun, ada juga yang turut mengkritik gaya hidupnya serta yang dianggap pelik kerana tidak dilakukan oleh orang lain pada zaman sekarang.

Sekadar perkongsian  dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar utama, Mstar, Kumparan dan India.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.