Meninggꭤl Selepas Solat Maghrib, Pada Hari Jumaat Dan Memegang Erat Al-Quran

Ada satu cerita tentang seseorang yang meninggꭤl selepas solat maghrib pada hari jumaat, yang boleh dijadikan teladan buat kita semua.

Siapakah beliau sebenarnya dan apakah keperibadiannya sehinggakan dipilih oleh Allah SWT untuk meninggꭤl dalam keadaan yang dicemburui ramai.

Beliau merupakan seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang bernama Zakiah binti Muhammadun dan telah meninggꭤl dunia pada hari jumaat pada 7/4/2017 dalam keadaan yang masih bertelekung dan memegang erat Al-Quran.

Sebelum meninggꭤl, beliau masih sempat menunaikan solat maghrib secara berjemaah dengan suaminya.

Seperti rutin harian kebiasaannya, beliau akan membaca al-Quran selepas solat sambil menunggu Isyak.

Suaminya pada ketika itu turun ke bawah dan alangkah terkejut apabila melihat isterinya itu terbaring masih bertelekung dan tangan erat memegang al-Quran setelah naik semula ke atas.

Di bawah merupakan himpunan amalan yang dikongsikan oleh rakan-rakan yang rapat dengan Almarhumah sehinggakan dianugerahkan meninggꭤl dalam khusnul khotimah InsyaAllah.

Dikatakan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dirinya tidak sihat dan segalanya seperti biasa.

Beliau merupakan seorang yang akan bangun pada pukul 4 pagi utuk mandi, qiyam dan seterusnya membaca al-Quran sementara menuggu untuk solat subuh dan amalan ini tetap dilakukan walaupun pada hari bercuti.

Almarhum pada ketika itu sedang menghafal surah Al-Baqarah dan lazimnya Almarhumah akan tasmik dengan ustazah untuk semak bacaan setelah menghafal mana-mana surah.

Surah yang telah dihafal Almarhumah adalah Suratul Kahf, Al Mulk, Al Waaqi’ah dan Yaseen.

Selain itu, jika Almarhumah dalam perjalanan ke tempat kerja atau perjalanan balik dari tempat kerja, beliau akan mendengar bacaan al-Quran sepanjang perjalanannya itu.

Almarhumah mempunyai ibu yang tidak sihat dan beliau menjaga ibunya itu dengan sabar walaupun tempohnya agak lama.

Tambahan lagi, beliau dikatakan selalu tersenyum dan ketawa malah tidak tahu bila kali terakhir melihat beliau pernah marah.

Almarhumah juga seorang yang sangat baik hati kerana sentiasa membantu mereka yang memerlukan dan merupakan seorang mentor yang bertanggungjawab.

Dikatakan juga, Almarhum akan memenuhi masa rehat dengan mengetuai sesi tadarus pada setiap bulan Ramadhan dan beliau juga sangat pemurah dan rajin bersedekah apabila turut menderma buah kurma pada rakan-rakan pejabar yang lain.

Malahan, Almarhumah juga selalu bayarkan bil apabila makan dengan rakan-rakan pejabat.

Almarhum juga selalu memberi derma secara diam-diam setiap kali ada permohonan derma anak yatim dan sebagainya, malah beliau dikatakan tidak pernah menolak setiap kali ada permohonan.

“Apa yang kami tahu dan itu apa yang kami nampak depan mata kami. Masa hayatnya byk membantu org lain, masa meninggꭤlnya juga banyak memberi keinsafan pd org lain. Amalan arwah boleh menjadi kayu pengukur di mana kita berdiri sekarang, semoga ‘kita hari ini adalah lebih baik daripada semalam”.

Marilah kita sama-sama mengambil kisah ini sebagai teladan untuk dicontohi. Berbuat baiklah dan sentiasa beramal di jalan Allah agar kita juga akan terpilih untuk meninggꭤl dalam keadaan yang baik-baik dan pada hari yang baik.

Sekadar perkongsian dan terima kasih

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar utama, Coretan Nasihat

[2] Gambar 1, Detik News

Leave a Reply

Your email address will not be published.