Selepas Bina Sekolah, Sadio Mane Bina Hospital Di Kampung Halamannya

Sadio Mane merupakan salah seorang pemain bola sepak terhebat dunia, yang berasal dari Senegal.

Beliau bermain di pelbagai kelab ternama dan memenangi pelbagai piala berprestij, seperti Champion League dan English Premier League.

Dengan pendapatan sekitar RM 1.9 juta sebulan, tidak membuatkan beliau berbelanja mewah seperti kebanyakan pemain bola sepak lain.

Baru-baru ini, beliau membina sebuah hospital yang menelan kos sebanyak RM 2.88 juta (500,000 pound), lapor media tempatan.

Hospital itu dilengkapi dengan dewan pembedɑhɑn, bilik mɑyɑt, wɑd bersɑlin, bilik pemeriksaan kesihatan dan kemudahan-kemudahan perubatan lain.

Ia dipercayai mampu memberi manfaat kepada penduduk 34 buah kampung yang merangkumi wilayah Sedhiou.

Mane semasa perasmian hospital

Selain itu, Mane juga terkenal dengan pendapatan diperoleh untuk membantu menaik taraf kehidupan masyarakat tempatan.

Pada tahun 2019, beliau menyumbang RM 1.45 juta (250,000) pound untuk membina sekolah dan memiliki pasaraya di Bambali.

Sekolah yang dibina oleh Mane

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar 1, Utusan

[2] Gambar 2, Zambian Infopedia

[2] Gambar utama, Far Post dan Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.