Ustaz Ebit Lew Kongsi Rahsiꭤ Pendapatan RM700,000 Sehari

Seperti yang kita tahu, Ustaz Ebit Lew adalah seorang yang dermawan dan sentiasa membantu orang-orang yang susꭤh.

Beliau juga sering menyertai aktiviti-aktiviti bꭤntuan di serata tempat dan sering berdꭤkwah di jalan Allah.

Menerusi akaun Facebook rasminya, beliau menjelaskan bahawa pendapatan yang diperolehinya adalah dari beberapa sumber yang diusahakan sendiri dan ini telah menep1s segala dakwꭤꭤn orang ramai yang mengatakan beliau menggunakan dana dari sumbangan untuk hidup mewah.


Sebahagian sumber pendapatan beliau digunakan untuk berkongsi bersama golongan-golongan yang susꭤh.

“Syukur pada Allah yang Maha Kaya lagi Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga sudah lebih 10 tahun.

Kata Ustaz Ebit, sebelum ini ramai yang tidak mahu mengambilnya bekerja sebab selɛkeh dengan penampilan yang tidak tɛrurus, berjanggut dan berkopiah lagi.

Malah kasut pun buruk dengan tidak memakai stokin kerana ketika itu, hidup Ustaz sangat susꭤh.

Kesemua duit gajinya yang berjumlah RM800 akan diberikan kepada ibunya.

Malah, pernah ada ketika seseorang memberikannya RM2 kerana menolong untuk mengisi minyak dan Ustaz Ebit menangis setelah menerima duit tersebut kerana besar nilainya bagi Ustaz.

Ustaz Ebit mula bekerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim sebagai ‘trainer’ atau motivator program korporat teambuilding selama 4 tahun.

Selepas itu Ustaz Ebit mula buat sendiri dan syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan Ustaz Ebit.

Syarikat kerajaan juga ada buat program untuk seluruh kementerian manakala program keluarga sunnah pula sekali hadir lebih 7000 orang.
Ustaz Ebit akan menjelajah seluruh Malaysia dan dia bersyukur ramai yang mendapat manfaat darinya.

Teambuilding training sebelum ini dibayar pada syarikat luar negara dan syarikat besar tetapi mereka mula mencari yang ada nilai islamik pula.

Ustaz Ebit juga mempunyai 3 buah restoran Paramount Coffee House dan sebenarnya ingin dibuka di seluruh Malaysia serta luar negara tetapi tidak sempat.

Butik yang dibuka Ustaz juga mendapat sambutan dan jubah habis terjual pada hari pertama pembukaan dan ini menjadikan Ustaz Ebit lebih semangat.

Malah, kesemua buku Ustaz Ebit juga habis terjual dan buku yang pernah dikeluarkannya 8 tahun lepas, masih laris sehingga sekarang.
Tambahan lagi, Ustaz Ebit juga ada mendapat bayaran sedikit dari Youtube dan Facebook miliknya.

Selain itu, Ustaz juga mempunyai 2 program Tv yang telah berlangsung selama 2 tahun, iaitu ‘Door to Door Ebit Lew (bawah Astro Aosis) dan juga A Bit With Ebit (bawah TV Al Hijrah).


Ustaz Ebit juga ada memberitahu agar jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak dan yang paling penting perlu rajin dan harus yakin pada Allah yang maha esa.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, News Media

[2] Gambar Utama, Iluminasi dan Pa & Ma

[3] Gambar 1, Mstar

[4] Gambar 2, Media Viral

[5] Gambar 3, Paramount Coffee House

[6] Gambar 4, Tv AlHijrah

Leave a Reply

Your email address will not be published.