Lebih Dari 7 Tahun, Kehilangan MH370 Masih Menjadi Tanda Tanya

Ingat lagi tak pesawat MH370 yang hilαng semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dulu.

Rasanya dah lebih dari 7 tahun pesawat tersebut hilαng dan ia masih lagi segar dalam ingatan kita semua walaupun telah lama berlalu.

Walaupun dah cukup lama ia menghilαng, keberadaan serta keaadaan sebenar yang berlaku terhadap pesawat itu masih kekal sebagai tanda tanya.

Pengakhiran episode trαgis itu masih dinanti-nantikan oleh keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.

Malah, lebih banyak persoalan yang timbul apabila beberapa serpihan daripada sayap dan fiuselai pesawat tersebut ditemui di Lautan Hindi, berhampiran perairan pantai barat daya, Afrika sedangkan ia menyimpang jauh dari laluan asalnya.

Perjalanan Asal MH370 Dan Tempat Serpihan Kapal Ditemui

Penantian bagi mendapatkan jawapan selama lebih dari 7 tahun merupakan tempoh yang agak lama bagi mereka yang kehilangan orang tersayang.

Malahan, setiap kali ulang tahun kejadian tersebut berlaku akan disambut dengan air mata mengenangkan nasib mereka yang hilang.

Untuk merungkai teka-teki tentang kejadian tersebut, pencarian meluas melibatkan negara lain telah dijalankan sejurus selepas kehilangan pesawat tersebut.

Selain itu, penggunaan peralatan laut dalam yang canggih untuk pencarian secara khusus turut dijalankan selama berbulan-bulan tetapi tetap gagal.

Salah satu kapal pencarian MH370

Bagaimanapun, sebelum ini pernah terdapat ura-ura bahawa usaha pencarian yang dihentikan itu akan disambung semula.

Pakar penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian, mengulas mengenai perkara itu, berkata sebarang penyambungan semula pencarian perlu berdasarkan kepada petunjuk baharu yang boleh dipercayai, yang mana kini belum ada.

“Kita perlu merancang pencarian bukannya memperkatakan (mengenai sentimen) dan terlibat dalam kerja sia-sia. Kita tidak boleh memberi harapan palsu yang boleh mendatangkan lebih banyak rasa tidak puas hati kepada waris,” katanya kepada Bernama

Walaupun ada sahaja teori baharu mengenai MH370 yang muncul setiap tahun, perkara tersebut akan dipatahkan oleh pihak berkuαsα, sama ada daripada Malaysia, Australia, China atau mana-mana pihak yang terlibat dalam usaha mencari pesawat yang hilαng itu.

Tambahan lagi, kementerian akan perlu berunding dengan China dan Australia jika membuat keputusan untuk melakukan pencarian semula.

Namun, hingga kini Kementerian Pengangkutan Malaysia masih belum membuat sebarang keputusan untuk memulakan pencarian kembali memandangkan setakat ini masih lagi tiada petunjuk baharu.

Keputusan untuk tidak menjalankan pencarian tanpa bukti baharu itu turut disokong oleh penyiasat penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff.

Abdul Rahmat Omar yang mana merupakan bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia, turut mencadangkan agar Kementerian Luar boleh bekerjasama dengan rakan-rakannya di La Reunion, Madagascar dan negara-negara barat daya Afrika.

“Kerajaan negara-negara yang terlibat boleh diminta untuk mengeluarkan notis memberitahu pihak berkuasa tempatan masing-masing di kawasan pantai sekiranya mereka menjumpai sebarang benda yang mungkin dikaitkan dengan pesawat malang itu.

“Ini mungkin membantu mengecilkan kawasan lokasi terakhir pesawat,” katanya.

Tambahan pula, Geostrategis Azmi Hassan berkata sebarang usaha pencarian akan melibatkan kos tinggi dan dengan itu perlu ada bukti baharu yang cukup kuat untuk membolehkan pencarian semula dilakukan.

Ringkasannya, kemungkinan misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia ini akan kekal tidak terungkai tanpa sebarang bukti baharu.

Sekadar Perkongsian dan terima kasih

Sumber:

[1] Rujukan, Astro-Awani

[2] Gambar Utama, ExtremeTech

[3] Gambar 1, Bloomberg

[4] Gambar 2, Kompas

Leave a Reply

Your email address will not be published.