‘Terlajak Laris’, Nasi Berlauk Dijual Dengan Harga RM1.50 Sahaja!

Rasanya, zaman sekarang semua barang dan makanan dijual dengan harga yang tinggi dan susah untuk jumpa peniaga yang jual murah dan hanya ambil keuntungan yang sedikit sahaja.

Tetapi lain pula yang berlaku di Kampung Alor Tal apabila seorang peniaga nasi berlauk menjual jualannya dengan harga RM 1.50 sahaja.

Peniaga tersebut ialah Siti Suhada Salleh, 34 tahun bersama adiknya, Siti Salma Salleh, 32, telah memulakan penjualan nasi bungkus berlaukkan gulai ayam, gulai ikan, ayam goreng dan nasi lemak sejak awal Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) yang bermula awal Jun lalu.

Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu berkata, dia masih mendapat keuntungan walaupun menjual dengan harga yang murah.

Siti Shuhada berkata, sebelumnya dia hanya membantu adiknya menjaja nasi berlauk yang dimasaknya di sekitar kampung dengan menunggang motosikal disebabkan adiknya itu telah berhenti kerja dari sebuah premis makanan kopitiam di Wakaf Bharu kerana premis makanan tersebut tidak dapat beroperasi sepanjang SPP.

“Hari pertama dia menjaja, saya hanya menyediakan sekitar 40 bungkus nasi berlauk gulai ayam dan ikan serta nasi lemak dan disebabkan harganya yang murah, ia mendapat sambutan.

.

“Keesokannya saya menambah lagi kepada 80 bungkus kerana ada pelanggan yang memesan sejumlah bungkusan nasi untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan dan pada masa sama katanya ingin membantu perniagaan kecil-kecilan saya ini,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Alor Tal, di sini, hari ini.

Siti Suhada berkata, dia mengambil keputusan menukar kaedah jualan, iaitu membuka meja dan pelanggan datang secara terus, selepas dua minggu menjaja nasi berlauk dengan motosikal.

Dia yang juga seorang kakitangan syarikat pengeluar penulen udara dan penapis air di daerah ini berkata, dia memanfaatkan sepenuhnya masa terluang yang ada disebabkan tidak dapat keluar bekerja dengan mencari rezeki berniaga nasi berlauk.

“Tugas memasak dimulakan pada jam 11 malam dan jam 3 pagi saya dengan dibantu adik memulakan kerja membungkus nasi yang sudah ditempah pelanggan sebelum semua tugas itu disambung jam 7 pagi sebaik gerai kecil di hadapan rumah dibuka.

.

“Nasi yang perlu dibungkus awal biasanya yang sudah ditempah termasuk mereka yang ingin memberi sedekah kepada sesiapa sahaja yang datang membeli.

.

“Jika tamat SPP nanti dan saya sudah boleh keluar bekerja, perniagaan ini mungkin akan diteruskan. Adik mungkin perlu mengupah pembantu untuk membungkus kerana saya hanya mampu memasak selepas ini,” katanya yang menjual purata 300 bungkus setiap hari.

Sekadar perkongsian dan terima kasih

Sumber:

[1] Rujukan, Berita Harian

[2] Gambar utama, Berita Harian dan Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.