Adakah Fenomenꭤ Gerhꭤnꭤ Bulan Ada Kaitan Dengan Hari Kiꭤmꭤt? Ini Penjelasannya

Pada 26 Mei lalu, fenomena gerhana bulan telah berlaku, selepas bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi, iaitu dengan kedudukan jarak 357 309 kilometer

Ia juga dikenali sebagai ‘Super Flower Blood Moon’, yang akan menyebabkan bulan kelihatan berwarna kemerꭤhꭤn pada fasa gerhana penuh.

Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas dan keseluruhan di Timur Australia, New Zealand dan Kepuluaun Pasifik.

Manakala, di Malaysia, kita telah menyaksikan gerhana ini bermula sekitar 4.47 petang dan berakhir pada 9.50 malam.

Persoalan antara fenomena gerhana bulan tersebut dengan hari kiꭤmꭤt, boleh dikaitkan dengan hadis dibawah:

“Di antara tanda dekatnya hari Kiꭤmꭤt adalah hilal (anak bulan) terlihat lebih awal sehinggakan hilal pada malam pertama dikatakan sebagai hilal pada malam kedua, dan masjid-masjid dijadikan sebagai tempat melintas dan banyak berlakunya kem@ti@n tiba-tiba (mengejut)” – HR Anas bin Malik

Berdasarkan hadis ini, beberapa tanda hampir berlakunya kiꭤmꭤt adalah:

Hilal atau anak bulan dilihat lebih besar, atau ia tidak seperti hari kebiasaannya pada malam pertama. Fenomena ini membuatkan umat Islam menyangka, umur anak bulan tersebut usianya sudah malam kedua.

Manakala, umat Islam tidak akan mengutamakan masjid untuk menunaikan solat bahkan hanya melintasinya.

Selain itu, akan berlakunya banyak kemꭤt¡ꭤn mengejut.

Tidak dinafikan banyak tanda-tanda kecil telah berlaku namun ia perlukan dilakukan dengan berhati-hati.

Namun hukum hadis ini, dengan secara ringkasnya adalah diriwayatkan oleh seorang perawi hadis yang ‘dhaif’ atau lemꭤh.

Oleh itu, penulis juga bersetuju dengan Kisah Zakat Malaysia bahawa, tindakan fenomenan gerhana bulan dengan hadis Baginda perlu dilakukan dengan lebih mendalam, walaupun fenomena tersebut seakan-akan menepati hadis diatas.

Yang pastinya, bulan merupakan salah satu tanda kebesaran Allah SWT berdasarkan hadis dibawah:

“ Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah SWT. Keduanya tidak akan menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang dan tidak juga disebabkan kehidupannya. Maka apabila kamu melihatnya (gerhana), berdoalah kepada Allah serta bertakbir, berselawat dan bersedekahnya”- HR al-Bukhari

Sebagai penutup, semoga kita terus beristiqomah untuk terus tingkatkan amalan dan dekatkan diri kepada Allah SWT, supaya kita terselamat dari fitnꭤh-fitnꭤh akhir zaman ini.

Wallahua’lam dan artikel ini hanyalah sekadar perkongsian.

Sumber:

[1] Rujukan, Kisah Zakat Malaysia

dan Penjabat Mufti

[2] Gambar utama, Medium dan Islam Nu

[3] Gambar 1, Pakar Diari Hati

[4] Gambar 2, Prometheus

Leave a Reply

Your email address will not be published.