Nabila Razali Buka Hɑti Bagi Yang Mahu Mengenalinya

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui tidak terlepas daripada pertanyaan soal jodoh dan perkahwinan dikala usia yang sudah mencecah 29 tahun.

Nabila berkata yang dia tidak akan menolɑk jika bertemu jodoh dalam masa terdekat, namun bagaimanapun, buat masa ini dia masih belum memikirkan soal kahwin.

Dia berkata yang seronok sebenarnya tengok dan dengar cerita Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Izara Aishah berkongsi mengenai anak mereka.

 

Datuk Siti Nurhaliza dan Izara Aisha

Namun buat masa sekarang, dia tidak terfikir lagi untuk ke arah itu dan hanya mahu fokus dengan kerja tetapi dia tetap akan menerima dengan hati yang terbuka jika ada yang datang nak mengenali hati budinya.

Nabila meluahkan rasa syukur dia tinggal bersama ahli keluarga dan tidak rasa bosan apabila berkongsi mengenai keadaanya berdepan pɑnd3mik C0v¡d-19.

“Alhamdulillah saya tinggal bersama keluarga, jadi di rumah ada ramai anak-anak buah saya. Kalau saaya malas, mereka akan tarik saya untuk mengajar dan bermain dengan mereka, jadi tidaklah b0sɑn di rumah.

“Bagaimanapun, ada hari juga yang kita mahu berehat untuk mengosongkan minda kita kerana kadang-kadang kalau kita terlalu meluangkan masa terlalu banyak dengan telefon pun tidak begitu menyihatkan,” katanya.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, KL Menjerit

[2] Gambar Utama, Kosmo dan Oh My Media

[3] Gambar 1, Oh!Media

[4] Gambar 2, Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.