Fazura Jual Tudung Semurah RM27, Disebabkan Oleh Fattah

“Niat saya nak semua pakai dan mampu membelinya.”

Itu yang diucapkan aktres dan usahawan Nur Fazura mengenai penetapan harga tudung jenamanya, Tudung Fazura pada harga bawah RM50.

Jelasnya dalam sesi siaran langsung Instagram baru-baru ini, dia tidak berniat untuk menjual pada harga yang mɑhɑl kerana mahu semua wanita bertudung mampu membelinya.

“Ramai juga orang bertanya mengapa tudung saya dijual hanya dengan harga RM27, semua macam tak percaya.

“Namun, niat sebenar saya ialah mahu semua orang pakai dan mampu untuk membelinya,” katanya dalam video yang kini tular dalam aplikasi TikTok.

Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin itu, dia tidak menɑfikan bahawa sebagai usahawan, dia juga memasang niat untuk mendapatkan keuntungan dalam setiap jualan produk yang dipasarkannya.

“Sebagai ahli perniagaan, pasti kita nak dapatkan keuntungan dan buat duit daripada produk yang dijual tetapi seperti yang saya cakap, saya nak semua mampu membeli.

“Saya sendiri pun jika hendak beli tudung lebih RM50 pun rasa mɑhɑl. Jadi bila harga bawah RM50, rasanya itu harga yang mampu dibeli orang semua orang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular meenrusi filem Pisɑu Cukur itu turut memberitahu harga RM27 diletakkan untuk jenama Tudung Fazura mempunyai nilai sentimental buat dirinya.

“Angka 27 merupakan nombor yang saya suka iaitu tarikh ulang tahun kelɑhiran saya serta tarikh Fattah melamar saya,” kongsinya. – K! ONLINE

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar 1, Rozita Che Wan & Zain Saidin

[3] Gambar 2, Ohbulan

[4] Gambar utama, Kosmo dan Ainulnunanaa

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.