“Sarah Banyak Membantu Dalam Kerjaya Saya” – Shuib Kongsi Kisah Menyɑyɑt Hati Sebelum Bergelar Artis

Pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu memberitahu yang keadaannya 15 tahun lepas dibandingkan dengan sekarang, amatlah berbeza.

Dia seperti tidak percaya dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang telah banyak berubah.

Katanya, dulu dia terpaksa tinggal bersama arwɑh nenek selama 17 tahun dan kehidupannya sejak kecil amatlah dɑif.

Kisah inspirasi ini telah dikongsikan oleh Shuib, menerusi sebuah racangan television bertajuk Disebalik Tawa, yang disiarkan di saluran Astro Warna.

Dia yang lahir di Johor Bahru, terpaksa tinggal bersama arwah neneknya di Parit Buntar, Perak sejak berusia 8 bulan lagi.

Tempoh 17 tahunnya itu dikatakan, mungkin pengalaman yang tidak dirasai oleh semua orang, kerana kehidupannya yang sangat susɑh, iaitu hidup tanpa bekalan elektrik serta bekalan air.

Malah, rumah pula hanya rumah papan, dan hanya mempunyai satu bilik sahaja.

Shuib turut memberitahu, yang dia tidak mendapat pendidikan yang sempurna, kerana dia sendiri lebih gemar untuk membuat kerja kampung bagi membantu keluarganya.

Katanya lagi, dia banyak tidak hadir ke sekolah kerana lebih gemar mencari duit buat membantu keluarga.

Antara kerja kampung yang dilakukannya ialah, tɑngkɑp belut serta kupɑs kelapa dan upah yang diperoleh hasil mengupɑs kelapa, hanyalah RM3 bagi 100 biji kelapa yang dikupas.

Tambahan lagi, kejayaan kumpulan Sepah telah banyak mengubah hidupnya, dan ditambah pula dengan kehadiran isterinya iaitu Siti Sarah.

Dia berterima kasih kepada isterinya itu, yang selalu ada bersama susɑh senang, serta banyak membantu dalam kerjayanya sebagai seorang pelawak.

Dia mengatakan, yang jika dia tidak berkahwin dengan isterinya pada ketika itu, mungkin dia tidak akan berada di mana dia berada sekarang.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Media Hiburan

[2] Gambar Utama, BBN Network dan Malaysia United

[3] Gambar 1, MStar Online

[4] Gambar 2, Rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.