Alhamdulillah! Ini Wang Kemenangan Yang Datuk AzizulHasni Bakal Prolehi

Acara keirin di Sukan Olimpik 2020 sebentar tadi, telah habis berlangsung dan Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati sɑsɑran apabila menghadiahkan pingat untuk Malaysia menerusi kilauan perak.

Malaysia menutup tirai Olimpik Tokyo dengan 1 perak selain 1 gangsa, yang diraih menerusi beregu lekaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Tamatnya aksi keirin sebentar tadi bermakna, Malaysia masih belum berjaya membawa bawa pulang emas yang dinanti-nantikan orang ramai di pentas Olimpik.

Sebelum ini, MaIaysia meletakkan sasaran tiga pingat menerusi berbasikal trek, badminton dan terjun dalam edisi kali ini, dengan harapan salah satu daripadanya adalah emas.

Meskipun kita masih tidak berjaya untuk membawa pulang pingat emas pertama, dalam temasya Olimpik, kita harus tetap berasa bangga dengan pencapaian atlet Malaysia.

Ramai rasanya yang tertanya-tanya, berapakah imbuhan yang akan diterima oleh atlet jika menang pingat di olimpik.

Merujuk kepada laman web Majlis Sukan Negara, yang menyenaraikan skim insentif bagi semua sukan yang Malaysia sertai, daripada sukan SEA sampailah ke Olimpik.

Berikut adalah senarai jumlah wang ang akan diperoleh oleh atlet mengikut kategori serta pingat yang mereka perolehi.

Individu:
Emas – RM1 juta
Perak – RM3OO ribu (Ini yang dimenangi oleh Datuk Azizulhasni Awang )
Gangsa – RM1OO ribu

Kumpulan (kurang dari 5 orang dalam satu team):
Emas – RM1 Juta setiap team
Perak – RM3OO ribu setiap team
Gangsa – RM1OO ribu setiap team

Kumpulan yang melebihi 5 orang dalam satu team:
Emas – RM150 ribu setiap ahli
Perak – RM40 ribu setiap ahli
Gangsa – RM20 ribu setiap ahli

Selain daripada tu, sukan paralimpik juga akan mendapat insentif yang sama.

Insentif ni diberi nama Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO). Ditubuhkan pada 2006, SITO menjanjikan duit pencen sepanjang hayat. Setiap pingat dapat duit pencen yang berbeza:

Untuk setiap atlit:

Emas – RM5OOOsebulan
Perak – RM3OOO sebulan (kemungmungkinan Datuk Azizulhasni layak dapat yang ini)
Gangsa – RM2OOO sebulan

 

Barangkali Datuk Azizulhasni bakal mendapat lebih imbuhan sebaik pulang ke Malaysia, kerana apa yang dilampirkan di atas cuma anggaran sahaja.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, newzpower

[2] Gambar utama, The Star dan Berita Harian

[3] Gambar 1, Malaysia Trend

[4] Gambar 2, Harakah Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published.