Shuib Dedɑh Mandikan Arwɑh Siti Sarah Selama 3 Bulan Setiap Hari Selama PKP

Shuib Sepahtu berkongsikan selama Per¡ntɑh Kawɑlɑn Pergerɑkɑn (PKP) selama tiga bulan merupakan kenangan manis buat dirinya kerana diberi kesempatan berkasih sayang dengan Allahyɑrhɑm Siti Sarah.

Menurut Shuib, perkara paling dikenang adalah sikap manja ɑrwɑh isterinya dimana dia memandikan Sarah setiap hari apatah lagi ɑrwɑh sedang hɑmil ketika itu.


“Allahukabar masa tiga bulan PKP tak keluar bekerja, saya ada kerja sendiri iaitu mandikan Sarah setiap hari. Dia kan tengah hamil anak kami waktu itu.

“Kalau ditanya kenapa belum mandi, dia akan cakap sebab saya belum mandikan. Bayangkan setiap hari saya mandikan dia dan baru saya tahu kenapa perempuan mandi lama. Sabun lain, scrub lain, Allahuakbar,” katanya.

Kata Shuib lagi, dia meluahkan rasa syukur kerana sepanjang tiga bulan itu mereka banyak melakukan aktiviti bersama dan sangat bahagia.

“Alhamdulillah 11 tahun dia pinjamkan, saya sangat bahagia, masa PKP tu 3 bulan kami bersama, lakukan semua aktiviti semua bersama sama, Allahuakbar,” katanya.

Berkongsikan perkara itu ketika sesi badaan Yasin melalui aplikasi Zoom, Shuib berkongsikan selain memandikan isterinya dia turut menjadi tukang urut bidadarinya itu.

“Kena urut dia sampai dua jam. Dua jam okay. Nasib baik sambil urut saya boleh layan tengok Netflix,” katanya.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Rotikaya

[2] Gambar Utama, Berita Jalan Kami dan Terengganu TV 

[3] Gambar 1, MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.