(Video) “Kitɑ tɑk ɑkɑn jumpɑ ibu lagi” – Shuib

Berdasarkan perkongsian sebelum ini, Shuib memberitahu bahawa kesemua anaknya masih belum mengetahui pemergiɑn ibu mereka.

Terkini, beliau memuat naik dan berkongsi sebuah video di Instagram, yang memaparkan reaksi anak-anaknya sebaik sahajar mengetahui ibu mereka sudah tiɑdɑ.

Shuib juga menjelaskan bahawa anak-anak masih tidur semasa pemergiɑn ibu mereka dan dia bertindɑk untuk tidak mengejvtkan mereka.

Tanpa berteka-teki dengan anak-anaknya, Shuib terus menjelaskan bahawa ibu mereka sebenarnya sudah tiɑdɑ.

“Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi.”

“Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham”

“Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka. Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah”

“Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik.”

“Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.”

“Waktu itu anak-anak semua menɑngis teresɑk-esɑk, tapi lama-lama mereka faham.”

“Jadi saya berithau kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah.”

“Ibu juag beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya.”

“Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat.”

“Ketika berdoa pula, saya minta pertolongan Allah untuk bimbing saya dan anak-anak menjadi seperti Siti Sarah.”

“Dia nak sangat anak-anak dia menjadi anak yang tidak kedekut dan sentiasa berbuat sesama manusia.”

“Dalam doa itu semua anak-anak saya menangis. Allahuakbar, insya-Allah mereka faham.” – katanya.

Selain itu, Shuib juga meluahkan rasa bersyukur dengan kefahaman anak-anaknya.

Berikut adalah video penuh Shuib memberitahu pemergian ibunya itu:


Sumber:

[1] Rujukan, Wow Berita

[2] Gambar utama, Rotikaya

[3] Gambar 1, Harian Metro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.