(Video) Angsa Terbang Dalam Keadaan Terbɑlik Untuk ‘Menunjμk-Nunjμk’

Beberapa pakar mendakwa bahawa foto  menunjukkan seekor angsa terbang dalam keadaan terbalik adalah kerana mahu menunjμk- nunjμk kepada angsa lain, lapor laman metro UK semalam.

Foto angsa tersebut yang dirakam jurugambar amatur, Vincent Cornelissen menunjukkan angsa itu  terbang dalam keadaan terbalik di Arnhem, Belanda pada Mac lalu.

Foto tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai.

Cornelissen meyakinkan orang ramai bahawa angsa berwarna kelabu gelap itu berada dalam keadaan baik dan hanya cuba membuat kawanannya kagum dengan muslihat yang baru dipelajarinya.

Pergerakan angsa itu  dikenali sebagai whiffling apabila ia cuba turun dengan cepat dalam pergerakan zig-zag.

Pergerakan itu juga dikatakan merupakan kaedah mempertahankan diri daripada haiwan pemɑngsɑ.

“Angsa itu melakukan gaya terbang tersebut untuk mengagumkan kawanannya, seolah-olah ingin berkata ‘Hei, lihatlah saya’.

“Seorang profesor dari Universiti Istanbul turut menyunting gambar saya dengan meletakkan anak pɑnɑh padanya bagi mengajar pelajarnya tentang aerodinamik,” kata Cornelissen.

Berikut adalah contoh video angsa terbang secara terbalik:

Sumber: Kosmo dan Blame on the voices

Leave a Reply

Your email address will not be published.