“Doakan Saya Terus Istiqamah Bertudung” – Vicha Saywho

Pelawak dan pelakon Vicha Saywho tampil bertudung, dan ia adalah imej baharunya mulai sekarang.

Kata Vicha Saywho, bila-bila masa Allah boleh ambil nyawanya dan sudah tiba masanya untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

Vicha berkata, hasratnya untuk bertudung selama ini tert@ngguh kerana banyak perkara yang bermain di fikiran hingga memb@ntutkan perkara itu.

Katanya lagi, dia sudah lama berniat untuk bertudung, malah dia ada cuba untuk memakai tudung perlahan-lahan sepanjang Ramadhan yang lalu.

Namun, disebabkan kariernya sebagai pelawak dan pelakon, telah membimbangkan dia dalam mengambil keputusan untuk bertudung, kerana bimbang sekiranya peluang mencari makan kurang.

Tetapi, setelah melihat kejadian demi kejadian yang berlaku, termasuk pemerg1an Allahyɑrhɑm Siti Sarah, ia telah benar-benar membuka matanya untuk berhijrah.

Katanya, dia terfikir sampai bila perlu takut dengan pekerjaan sedangkan Tuhan yang maha memberi kekayaan dan rezeki kepada umatnya.

Menerusi hantaran berbeza, Vicha turut mengakui berasa mɑlu dengan anak-anaknya apabila menyedari hanya dirinya yang masih belum berhijab berbanding ahli keluarganya yang lain.

“Ya Allah, baru perasan dalam keluarga sayalah yang baru berhijab.”

“Malunya sedangkan anak-anak saya semua pun pakai hijab dah lama.”

“Ampunkan saya Ya Allah. SubhanAllah, Insya-Allah tiada kata terlambat untuk h@mba-Nya yang ingin belajar dan memperbaiki dirinya,” ujar Vicha.


Menurut Vicha, dia berharap penghijrahan yang dilakukan akan berterusan selama-lamanya.

Vicha berkata, dia telah kuatkan hati dan dekatkan diri dengan Allah, setelah berbincang dengan rakan-rakan yang kebanyakannya sudah bertudung.

Vicha memohon doa daripada orang ramai agar mendoakan dia mampu terus istiqamah dalam berubah, dan dia juga berharap yang Allah akan terus beri perasaan ketɑkutɑn dalam dunia ini sampai bila-bila agar dia tidak akan lekɑ lagi.

Rata-rata warganet memuji sikap Vicha yang berubah ke arah kebaikan, dan ada juga yang mendokan untuk dia terus istiqamah.

 


Selain itu, Vicha ada memberitahu mengenai Allahyarham Siti Sarah, iaitu dia adalah rakan artis yang sangat baik.

“Baru-baru ini arwah ada memberikan saya jubah yang dibuat khas mengikut saiz saya. Padahal saya hanya tanya adakah saiz saya ada dijual.

“Ketika menyarung jubah pemberiannya, hati saya sangat gembira dan ingatkan nak beritahu yang kepadanya yang saya cantik dengan tudung yang dikenakan. Arwah sangat baik walaupun kami tidak rapat,” katanya.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Harian Metro

[2] Gambar Utama, Kosmo

[3] Gambar 1, Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.