(Video) Jumpa Ibu Yang Sudah Mɛninggɑl Dunia Melalui Google Maps

Siapa yang tak sayangkan ibu sendiri kan. Ibu adalah orang yang sentiasa ada ketika kita senang mahupun sμsɑh dan yang ada ketika kita gembira dan sɛd¡h.

Malah, ibu adalah salah satu tempat untuk kita berteduh dan kehilangan seorang ibu adalah satu perkara yang amat memɛritkɑn.

Hanya kenangan sahaja yang ada untuk kita terus mengingati mereka. Sebab itu, kita perlu menyimpan kenangan dengan orang tersayang, dalam bentuk gambar atau video supaya ia dapat dilihat dan dikenang dikemudian hari.

Melalui perkongsian seorang gadis di akaun TikTok @lediaelan , dia tidak menyangka yang dia boleh melihat wajah ibunya yang sudah mɛningg@l dμnia melalui aplikasi Google Maps.

Katanya, sebelum ini dia tidak mengambil banyak gambar Ibunya kerana telefon bimbitnya yang hil@ng.

“Ibu saya mɛninggɑl dμnia 4 tahun yang lalu. Tetapi di Google Maps Mama kelihatan sangat sihat. Tadi, saya saja mencari rumah saya di peta. Kerana ramai yang memberi komen bahawa mereka ingin melihat rumah saya sebelum saya berpindah.”

Pada asalnya, dia hanya membuka Google Maps hanya untuk melihat kawasan rumahnya yang telah ditinggalkan empat tahun lalu, namun tidak sangka yang dia boleh melihat ibunya pula.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Larjuna TV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.