“Mohon Mɑɑf Sepanjang 17 Bulan 6 Hari Bertugas”, Ada ‘Hadiah’ Untuk Rakyat Malaysia

Bekɑs Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan hasrat untuk lebih aktif di saluran YouTube dan Twitter selepas tugasnya di jabatan tersebut berɑkhir hari ini.

Menurutnya, beliau turut mahu kembali dalam arena penulisan buku selain menyampaikan kuliah dan menjawab soalan-soalan agama daripada khalayak.

“Alhamdulillah, amanah yang saya terima dengan lantikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Senator dan Menteri adalah tanggungjawab dan penghormatan yang dilaksanakan sedaya upaya.

“M0h0n mɑɑf atas segala kekurɑngɑn dan kelemɑhɑn saya sepanjang 17 bulan enam hari ini. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya sayang anda semua,” tulisnya menerusi hantaran di laman Twitter sebentar tadi.

Ahli The Muslim Council of Elders, Emiriyah Arab Bersatu itu berkata, Terjemahan Sahih al-Bukhari, Tafsir al-Qur’an al-Bayan dan Terjemahan al-Quran versi al-Bayan adalah hadiah buat seluruh umat Islam sekali gus menempa sejarah dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan kini sedang dalam urusan percetakan.

Gambar Hiasan

“Semua inisiatif kerajaan sepanjang 2002-2021 akan dibentangkan dalam minggu ini, insya-Allah. Rakyat perlu tahu ke mana setiap sen zakat, infaq, waqaf yang mereka salurkan melalui kami.

“RM591.9 juta telah diagihkan bermula Mac 2020 hingga hari ini melalui inisiatif #Musaadah sejak bermulanya p@ndem1k C0v¡d oleh agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya. Saya minta mereka teruskan walaupun saya telah t¡ada,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berterima kasih di atas jasa dan khidmat yang dilakukan oleh Datuk Dr zulkifli selama ini.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar Utama, Kosmo dan Malay Mall

[3] Gambar 1, Datuk Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri (Facebook)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.