Shuib Ucap Terima Kasih Mendoakan Arwah, Tapi Ada Satu Lagi Perkara Shuib Minta Dari Orang Ramai

Pelawak dan usahawan, Shuib memohon kepada orang ramai agar tidak mengeluarkan atau memuat naik foto atau video Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, turut meminta jasa baik orang ramai agar tidak lagi menghebohkan kebaikan Allahy@rham secara berleb1h-leb1han.

“Saya ada permintaan di mana saya mohon kepada semua untuk tidak lagi mengeluarkan gambar atau video Allahy@rham yang tidak menutvp auratnya dengan sempurna.

“Saya juga mohon kepada yang telah memuat naik dalam media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut.

“Dan, saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarham secara berlebih-lebihan. Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. Insya-Allah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulisnya dalam satu hantaran status Instagram sebentar tadi.

Dalam pada itu, bapa kepada empat cahaya mata itu turut mengambil kesempatan dalam hantaran yang sama mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarham isterinya.

“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya.

“Sama-sama kita terus istiqamah menuju ke jalan Allah SWT. Jika rindu kepada Allahy@rham, sedekahkan al-Fatihah,” katanya.

Ucapan penuh adalah seperti berikut:

Terdahulu, menurut Shuib, dia telah pun menemukan ibu susuan yang sesuai untuk Ayash Affan.

Perkara ini dikongsikan oleh pemilik akaun _inaijari_ di laman Instagram yang menyaksikan sedikit sebanyak perkongsian dan perkembangan semasa Shuib serta ahli keluarga kecilnya itu.


“Berkenaan dengan ibu susuan Ayash, kita dah bincang untuk cari dalam kalangan ahli keluarga juga…”

“Dia adalah sepupu saya yang baru sahaja dapat b@by dalam 6 bulan.”

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo dan Instagram Shuib Sepahtu

[2] Gambar 1, Awat Sheikhhh Network

[3] Gambar utama, Astro Awani dan mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.