(VIDEO) Pemilik Kereta Hairan Asyik Kena Hon, Rupanya Ada Tampal Kertas Bertulis Ni..

‘Prɑnk’ merupakan satu fenomena yang menjadi ikutan ramai orang di media sosial dari serata dunia.

Sesetengah itu, ia  melucukan dan ada juga yang mendatangkan kemɑrɑhan orang ramai jika prɑnk tersebut tidak sepatutnya dilakukan.

Berbeza pula kali ini, apabila tular sebuah video di Tiktok, dimana gadis bernama  @dyrasalleh berkongsi apa yang dilihatnya.

Dalam perkongsian video tersebut, sebuah kereta di jalan raya ditampal dengan kertas yang memberitahu bahawa “ Harini birthday saya. Tolong hon 2 kali. Tq”

Tanpa berfikir panjang, gadis tersebut menyuruh pemandunya untuk memberikan hon, seperti yang diminta.

Lalu, dia kemudiannya memberikan hon kedua dan membuka tingkap dan mengucapkan selamat hari jadi, namun kereta itu memasuki selekoh yang berlainan pula.

Hakikatnya, pemilik kenderaan tersebut tidak mengetahui keretanya ditampal dengan kertas dan memberitahu itu adalah prɑnk dari kawan penjabatnya.

Video penuh adalah seperti berikut:

Sambungan video tersebut adalah seperti berikut:

Video tersebut telah meraih tontonan sebanyak 1.5 juta, 173.5 tanda suka dan 1590 komen di laman Tiktok gadis tersebut.

Manakala, hasil tinjaun komen mendapati rata-rata warganet memberikan pendapat bahawa kenderaan itu telah diken@kan oleh orang terdekat.

 

Sumber: Says dan @dyrasalleh

Leave a Reply

Your email address will not be published.