“Cinta Tak Kenal Usia” – Dulu Cikgu, Sekarang Isteri

Jodoh sememangnya rahsia Allah, yang kita tak boleh nak ramal dengan siapa atau bila ia akan tiba.

Sama seperti kisah yang berlaku pada Suzanna Isa, di mana dia sendiri tidak menyangka yang jodohnya ialah be.kɑs muridnya sendiri.

Bekɑs muridnya iaitu, Akmal Yusof berumur 22 tahun, manakala Suzanna Isa pula berusia 47 tahun telah selamat diijabkabulkan pada akhir November lalu di Pejabat Agama Kota Tinggi.

Berkongsi kisah perkenalan mereka, Akmal yang juga seorang pengurus dan pengasas sebuah kafe berkata, ketika itu hubungan mereka tidak lebih daripada seorang guru dan pelajar dan Suzana mengajar mata pelajaran Sains Sukan ketika dia di Tingkatan Lima.

Kata Akmal lagi, isterinya adalah guru kegemarannya ketika di sekolah dulu dan isterinya juga disayangi pelajar kerana sikapnya yang mesra, dan itu yang membuatnya sukakan pada cikgunya itu, namun tidak sampai ke tahap ada perasaan cinta.

Selepas tamat persekolahan, mereka terputus hubungan selama beberapa bulan, tetapi ada berhubung semula selepas itu atas dasar kerja urusan perniagaan yang dijalankan bersama.

Lama kelamaan, mereka menjalinkan hubungan yang se.rius, setelah timbul rasa cinta antara mereka berdua.

Katanya lagi, dia ada menghadiahkan isterinya itu cincin ketika ulang tahun kelahirannya, sebagai langkah pertama.

Malah, dia turut berani meluahkan perasaan pada ketika itu, dan tidak disangka yang isterinya itu terima, jadi mereka sepakat untuk menghalalkan hubungan dengan berumah tangga.

Walaupun jurang umur yang agak jauh, kedua-dua belah keluarga menyambut baik hasrat mereka untuk berkahwin.

Bercerita lanjut, Akmal berkata dia tertarik dengan Suzana kerana isterinya itu selalu mengambil berat tentang dirinya dan juga seorang yang penyayang.

Malah, perasaan cinta dan keserasian antara mereka semakin kuat apabila, isterinya itu tetap sama mengambil berat tentang dirinya dari sebelum berkahwin, hingga kini.

Akmal berkata, yang dia bersyukur dijodohkan dengan wanita seperti isterinya itu, dan tidak menganggap umur sebagai penghɑlɑng untuknya kerana ɑ.jɑl m.ɑμt, jodoh pertemuan dusah diatur sebaiknya oleh Allah.

Manakala, Suzanna pula berkata yang pada awalnya, keluarganya agak merɑ.gui tentang hasratnya untuk berkahwin dengan Akmal.

Namun, dia cuba yakinkan keluarganya itu, dan akhirnya mereka menerima pilihannya itu dengan baik dan menganggapnya sebagai takdir.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah terhadap pasangan ini.

Sumber:

[1] Rujukan, Harian Metro

[2] Gambar Utama, techroc.info

[3] Video 1, Samballana Bistro (Tiktok)

Leave a Reply

Your email address will not be published.