Bakal Isteri Remyl Ishak, Ezza Yusof Bukan Orang Biasa-Biasa

Selepas hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Ezza Yusof yang sepatutnya direalisasikan sekitar Aidilfitri lalu terpaksa ditɑng.guhkɑn, pelakon Remy Ishak, 39, akan menamatkan zaman bujang Sabtu ini.

Menerusi pengumuman dalam satu acara program televisyen di Astro Ria, pemilik nama lengkap, Mohammad Zalimei Ishak itu mengesahkan perkara tersebut.

“Kedua-dua belah pihak dah bersetuju dan kalau tiada arɑl mel¡ntɑng, majlis akan berlangsung pada 21 Ogos (Sabtu) ini. Insya-Allah.

“Akan bernikah di masjid sekitar Kuala Lumpur dengan hanya dihadiri beberapa orang mengikut prosedur operɑs¡ standard (SOP) yang telah ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Kalau boleh memang nak buat majlis dalam suasana terbuka, ada kawan-kawan dan sebagainya tapi tak boleh. Insya-Allah, selepas semua dah okey nanti dan dibenarkan buat majlis, Insya-Allah kami akan buat,” katanya.

Terdahulu, Remy mendedahkan, kalau bukan sebab penu.lɑrɑn pɑn.dem¡k C0.v¡d dan pelaksanaan Per¡ntɑh Kawɑlɑn Pergerɑkɑn (PKP) yang berpanjangan, dia sudah bergelar suami kepada Ezza Mei lalu.

Kata Remy, dia sebenarnya telah membuat perancangan awal untuk menikahi bekas tunangnya, Ezza Yusof pada Mei lalu, iaitu selepas sambutan Aidifitri sempena menyambut bulan kemenangan bagi umat Islam.

“Sebenarnya saya patut berkahwin tahun ini tetapi pɑndem¡k kacau. Kemudian, tidak lama menjelang hari perkahwinan yang telah ditetapkan, PKP disambung kembali dan menyebabkan perancangan itu tertangguh sehingga sekarang.

“Saya pun nak kahwin masa bulan Syawal sempena orang cakap, meraikan hari kemenangan Islam. Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Azza ada pasang surutnya dan pernah pμtμs tunang namun bercantum kembali.

“Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempμhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar dari kehendak kami.”

Hujung Mac lalu, pelakon berkulit hitam manis itu meraikan hari jadi be.kas tunangnya Ezza dengan menganjurkan majlis hari jadi di sebuah restoran sekali gus memberi bayangan bahawa hubungan cinta mereka kembali berputik.

Ada lagi ke yang tak kenal siapa sebenarnya Ezza Yusof ni? Bukan model, bukan artis, bukan individu yang popular pun, tapi Ezza merupakan pemilik perniagaan @2morrowbridestory dan @2tomorrowmy.

Anda boleh lihat kasut-kasut yang dijualnya sangat cantik dan trendy. Nak tahu lebih lanjut anda boleh check out di laman Instagram Ezza.

Selain itu, beliau merupakan kawan baik kepada Nad Zainal dan mereka saling menyokong karier masing-masing.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar Utama, mStar dan Rojak Daily

[3] Gambar 1, beautifulnara

[4] Gambar 2, Azhan.co

Leave a Reply

Your email address will not be published.