(Video) Dɑkwɑɑn Ikan Puyu Naik Ke Darat Tɑndɑ Kiɑmɑt, Ini Penjelasaan Sebenarnya

Fenomena ikan puyu naik ke darat yang berlaku di Surau Sulaiman, Tanjong Karang di sini kelmarin, sehingga menggem.parkan penduduk sekitar merupakan fenomena biasa berdasarkan keupayaan ikan jenis berkenaan ‘melompat’ keluar dari air.

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Abdul Rahman Abdul Wahab memberitahu, fenomena itu juga bukanlah kejadian pe.lik tetapi merupakan satu bentuk migrasi ikan puyu yang biasanya berlaku semasa musim hujan atau waktu-waktu tertentu.

“Ikan puyu boleh bertahan menggunakan oksigen yang ada di udara melalui organ labirin. Selain itu, ikan ini boleh ‘berjalan’ di darat dengan menggerakkan bahagian bawah badannya yang agak rata dan sirip dada,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai rakaman video tular di media sosial sejak kelmarin mengenai ratusan ikan puyu yang naik ke darat ketika musim hujan.

Kejadian itu dikatakan berlaku dalam dua fasa bermula pukul 2.30 petang dan 4 petang sehingga berlarutan selepas Isyak dengan ratusan ikan tersebut dikesan berada di pekara­ngan surau dan mampu bergerak sejauh 10 meter.

Malah, kejadian melibatkan ikan spesies air tawar atau nama saintifiknya, Anabas Testudineus itu turut menarik perhatian penduduk Kampung Sungai Sireh dan Sungai Gulang-Gulang.

Dalam pada itu, Imam Surau Sulaiman, Sapar Rezam Sapri, 44, berkata, keja­dian itu adalah kali pertama berlaku sejak dia bertugas 10 tahun lalu di surau berkenaan.

Katanya, suasana tersebut tidak ubah seperti ‘pesta’ apabila seramai kira-kira 20 orang tidak melepaskan peluang mengutip ikan tersebut yang dianggap rezeki daripada Allah.

Difahamkan, lebih 30 kilogram ikan puyu berjaya dikutip oleh penduduk sekitar.

Beliau memberitahu, pihak­nya enggan mengaitkan isu itu dengan sebarang isu termasuk ban.jir besar atau petanda kia.mat sebaliknya sebagai rezeki kepada para penduduk.

“Sebelum ini ada pemancing meletakkan bubu tiga hari, namun hanya tiga ekor ‘melekat’. Ikan puyu kalau dijual harganya mencecahRM18 sekilogram,” ujarnya.

Terdahulu, tular menerusi video berdurasi satu minit 26 saat dengan perakam melahirkan rasa pe.lik terhadap kejadian tersebut.

Keajaiban berlaku ketika hujan itu seterusnya menimbulkan pelbagai spe.kulasi dengan menyatakan akan berlakunya ban.jir besar.

“Allahu Akbar, banyaknya (ikan puyu). Ajaib, Ajaib, Ajaib. Kejaiban surau Sulaiman. Hari ini, 18 Ogos 2021 banyaknya ikan puyu naik,” kata perakam tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut teruja dengan insi.den tersebut dengan mengaitkan dengan perubahan musim.

“Ikan akan naik ketika hujan secara mendadak terus dan kejadian ini akan belaku apabila sesuatu kawasan itu telah mengalami musim kema.rau.

“Dengan kata lain sekarang sudah masuk musim hujan yang sering berbeza dgn bulan lepas agak kemarau,” kata pengguna Pekebun Kecil.

Ada juga netizen menyatakan pemberian rezeki kepada penduduk setempat.

“Allah kalau hendak beri kita rezeki boleh datang dari bermacam-macam cara. Bersyukurlah. Tidak mustahil bagiNYA,” ujar pengguna Zulkafli bin Ibrahim.

Sementara itu, jurucakap Angka.tan Pertaha.nan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor menegaskan pihak belum menerima sebarang laporan berkaitannya.

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar, Kosmo

[2] Gambar utama, Kosmo dan India Today

Leave a Reply

Your email address will not be published.