Selepas TMJ, Giliran Sultan Ibrahim Pula. Ini Titah Padu Kepada 779 Guru Yang Enggɑn Menerimɑ Vɑksin

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bertitah pengambilan vak.sin. adalah penting dan perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok di negara ini seterusnya berupaya mem.ben.dung pe.nu.la.ran jang.ki.tan Co.vid.

Sultan Ibrahim bertitah kakitangan awam termasuk golongan guru perlu memahami betapa pentingnya pengambilan vak.sin. untuk melindungi diri, keluarga, serta masyarakat.

“Guru-guru patut jadi contoh dan melindungi anak murid, bukannya memba.ha.ya.kan mereka, apatah lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi. Saya dan keluarga juga sudah lengkap mengambil dua dos vak.sin.

“Jangan mudah terpengaruh dengan golongan an.ti. vaksin sebagaimana saya tegaskan sebelum ini. Percayalah pakar perubatan kita yang bertauliah.

“Mereka yang me.no.lak vak.sin tanpa sebab yang sahih seolah-olah merelakan diri dijangkiti,” titah baginda yang dikeluarkan dalam satu kenyataan menerusi Royal Press Office di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian sebagai mengulas laporan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin Co.vid.

“Saya berharap agar semua rakyat Johor dapat sun.ti.kan vak.sin dengan segera, supaya boleh kembali bekerja, berniaga dan menjalani kehidupan seperti biasa,” titah baginda.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, semalam berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan kepada kumpulan guru terbabit mengenai kebaikan vak.sin supaya mereka sedia menerima sun.ti.kan.

Gambar hiasan

Susulan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail turut memberi respon dengan menitahkan Pengarah Pendidikan negeri Johor serta wakil guru berkenaan untuk mengadap baginda dalam mencari jalan penyelesaian dan difahamkan pertemuan itu dijadualkan akan berlangsung Jumaat ini.

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar 1, Kosmo

[2] Gambar 2, Bernama

[3] Gambar utama, BBC dan Malaysia Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published.