(Video) Remy Ishak Dan Isterinya Dapat Hadiah Istimewa Dari Agong

Pelakon Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof menerima hadiah perkahwinan paling bermakna dalam hidup mereka apabila mendapat kiriman khas daripada pihak Istana Negara.

Lebih men.ge.jut.kan, kiriman hadiah dibalut dalam kotak berwarna kuning itu dikirimkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi status di dalam Instagramnya, Remy berkongsi sebuah video memaparkan beliau dan isterinya mendapat beberapa kotak hadiah daripada Istana Negara.

“Patik dan isteri merafak sembah menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas hadiah perkahwinan daripada Istana Negara kepada kami berdua.

“Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia Allah buat Tuanku dan Tunku,” tulisnya tadi.

Remy selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya bergelar usahawan, Ezza pada Sabtu lalu dalam satu majlis serba ringkas di sebuah masjid di ibu negara.

Sementara itu, rata-rata peminat Remy turut me.la.hir.kan rasa gembira dan teruja atas hadiah yang diterima pasangan pengantin baru itu daripada Istana Negara.

“Untungnya dapat hadiah daripada Agong, bukalah nak tengok apa di dalam,” kata Hanna Nurieyda.

“Wah! Mesti peminat Remy juga, macam mak Shuib,” seloroh Muhd Azri521.

“Alhamdulilah, bertuahnya, mesti Tuanku Permaisuri peminat setia lakonan Remy Ishak,” ujar Violetsareblueflorist. –

Video penuh boleh ditonton seperti berikut:

Hasil tinjaun komen mendapati Remy dan pasangan bertuah kerana mendapatkan hadiah itu.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar 1 dan 2, Sinetron Malaysia

[3] Gambar utama, Sinetron Malaysia dan Astro Awani

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.