“Rasa macam mimpi,..” – Penerima Rumah Dari Agong, Ini Sebabnya Mereka Menerima Rumah Percuma

“Rasa macam bermimpi kerana akhirnya impian memiliki kediaman selesa menjadi kenyataan selepas 16 minggu menunggu,”demikian luahan Mohd. Khanafiah Abu Bakar.

Beliau sangat berbesar hati apabila penyerahan kunci kediaman itu di Kampung Tanjung Pulai, dekat sini, disempurnakan sendiri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Kediaman setingkat berkeluasan kira-kira 660 kaki persegi itu adalah antara kurniaan Al-Sultan Abdullah melalui Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) bagi mɑng.sɑ bɑn.jir di Pahang.

Mohd. Khanafiah, 52, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam pembinaan kediaman berkenaan sejak bulan Februari lalu, selepas kediaman asalnya r0sɑk te.rμk ɑkibat bɑn.jir awal tahun ini.

Dia memaklumkan akan berpindɑh ke kediaman baharu itu secepat mungkin selepas terpɑksɑ menumpɑng di rumah saudaranya sejak tujuh bulan lalu.

Selain kediaman Mohd. Khanafiah di Kampung Tanjung Pulai, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyerahkan kunci kediaman kepada seorang lagi penerima, Nur Hasnah Md Yunos di Kampung Acheh.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut meluangkan masa mengunjungi dan mengurniakan sumbangan kepada sembilan keluarga sekitar Kampung Tanjung Pulai dan Kampung Acheh.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar Utama, Kosmo dan saatchi Art

[3] Gambar 1, Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.