Selepas Nabila Huda, Amy Search Pula

Penyanyi rock tanah air, Amy Search men.ye.lar tin.da.kan sesetengah individu ti.dak bertanggungjawab yang se.su.ka hati menggunakan hasil karya seninya tanpa keizinan.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, perkara ini bukanlah satu yang baharu dan me.nim.pa dirinya saja sebagai anak seni, tetapi dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

“Saya memang pan.tang. kalau ada pihak atau individu yang suka-suka c.u.r.i hasil kerja dan seni tanpa minta izin terlebih dahulu.

“Lama dah saya perasan, mereka senang-senang k.a.u.t keuntungan daripada ke.sem.pi.tan orang lain. Berkatkah rezeki yang diterima itu? Pe.nat le.lah kita bekerja siang malam langsung bagai tidak dihargai,” katanya.

Tambah pelantun lagu hit Isabella itu, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang mahu cover (nyayikan semula) lagu-lagunya, tetapi bukan bertujuan men.cu.ri karya dan mengaut keuntungan daripadanya.

“Kau nak cover ke apa ke, terpulang. Yang itu saya hargai. Ini suka-suka hati compile (gabungkan) semua lagu-lagu, lepas tu siap jual dalam bentuk cakera padat (CD) tanpa minta izin, bagus ke semua tu?

“Bukan setakat CD je, ada juga yang compile berpuluh-puluh lagu dan muat naik dalam YouTube. Gunakan lagu sambil promosi produk pun ada.

“Minta izin langung tiada, kredit apatah lagi. Dia ingat kita ni senang ke nak rakamkan semua karya tu,” katanya.

Terdahulu, bapa kepada aktres versatil, Nabila Huda itu memuat naik sebuah hantaran berserta firman sebuah surah dalam Facebook miliknya menyuarakan keti.dak.puasan hati apabila karyanya kerap di.cu.ri.

“Sesungguhnya wa (saya) tidak reda sesiapa yang men.cu.ri hasil seni suara wa atau hasil kerja wa dengan tanpa meminta izin, makanya ti.dak akan halal dunia a.khi.rat.

“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu dengan jalan yang salah (t.i.p.u, j.u.d.i), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminatnya turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Amy dan menyifatkan perbuatan men.cu.ri karya seni orang lain seakan-akan sudah sebati dalam diri.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar 1, Harian Metro

[3] Gambar 2, Rotikaya

[4] Gambar utama, Kosmo dan Tarahap

Leave a Reply

Your email address will not be published.