“Dua Hero Malaya Berjumpa”, Netizen Tertanya-Tanya Sebab Perjumpaan Mereka

Sehari selepas berkongsi luahan hati dengan netizen, aktor kacak Zul Ariffin sekali lagi men.cu.ri perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto bersama pen.dak.wah sen.sa.si, Ustaz Ebit Lew.

Foto tersebut memaparkan pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin, 35, bertemu dengan Ebit namun tidak dikongsi pengisian perjumpaan mereka.

“Alhamdulillah, semalam sangat hebat ,” tulis pelakon filem Tombiruo itu ringkas.

Meninjau ke ruangan komen, majoriti peminatnya teruja melihat dua figura tersebut bertemu.

“Alhamdulillah, sejuk mata melihat Zul bersama Ebit,” komen seorang peminatnya.

“Dua hero Malaya,” puji seorang lagi pengikut Instagramnya.

“Ceria muka Zul jumpa Ebit. Mungkin belajar agama dengan Ustaz,” tulis seorang lagi peminatnya.

Hasi tinjauan akhbar tempatan, kebanyakkan akaun yang diikuti Zul kini ke arah ketu.ha.nan dan mengenai dak.wah Islam.

Semalam, alhbar tempatan melaporkan Zul se.bak sehingga menum.pah.kan air mata jantannya ketiakn kesihatan men.tal.nya yang tidak sta.bil ketika ini dalam satu siaran langsung Instagram kelmarin.

“Saya tahu (ma.sa.lah) ini su.kar tetapi perlu diteruskan juga hidup ini. Insya-Allah pada akhirnya destinasi kita semua satu sahaja (ak.hi.rat).

“Kita perlu melakukan yang terbaik ketika ini dan perbaiki semua perkara yang tidak bagus setiap hari,” kata bintang filem J2: J Retribusi itu.

Pelakon bertubuh kekar itu turut menitipkan nasihat buat peminat agar jangan pernah berhenti berdoa memohon pertolongan dan dikuatkan iman oleh Yang Maha Esa.“Jangan cakap kita hanya mampu berdoa. Sebenarnya doa itu salah satu cara yang paling terbaik, kuasa doa sangat hebat,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Zul memberitahu dia berusaha untuk tidak berkongsi terlalu banyak ma.sa.lah dalam media sosial terutama masalah peribadi.

“Saya bukan jenis yang suka menagih perhatian disebabkan hal-hal sebegitu. Kadang-kadang dedah banyak perkara juga ada ke.bu.ru.kan dan kebaikan. Saya tak mahu menjadi pembekal cerita-cerita sebegitu kepada umum,” katanya.

Sumber rujukan dan gambar: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.