(Video) Lagi Wanita Kecεwα Dengan Remy Ishak

Agak lucu membaca komen netizen di media sosial mengenai hero pujaan Malaya, Remy Ishak akhirnya menjadi milik seorang usahawan, Ezza Yusof pada 21 Ogos lalu di Masjid Negara.Pada mulanya, peminatnya menyambut berita perkahwinan itu dengan kegembiraan, namun beberapa jam selepas itu, hari bahagia Remy menjadi raja sehari menjadi sohor di media sosial.

Di Twitter pula rupa-rupanya ramai gadis-gadis dan ‘mak orang’ pa.tah hati.

Mereka menggelarkan tarikh bahagia pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu sebagai hari pa.tah hati mereka.

Perkara itu membuatkan Remy terpaksa memohon maaf di Instagramnya.

“Jika ada yang pa.tah hati, tolong maafkan saya,” kata Remy.

Bagi menenangkan hati semua yang ke.ce.wa, pelakon itu berjanji akan terus menghiburkan para peminatnya dalam setiap projek (drama) yang akan datang.

Itu bermakna Remy akan tetap berlakon macam biasa, gadis-gadis dan ‘mak orang’ tetap akan dibuai dengan watak lelaki pujaan ramai dan suami paling romantik dalam drama.

Penangan Remy berkahwin dan menjadi milik Ezza turut membuatkan seorang gadis di media sosial TikTok ber.se.dih sehingga sanggup membeli kek yang ditulis khas nama Remy dan memotong ikon hati menandakan dia sudah pa.tah hati.

Gadis itu kemudian me.ma.dam.kan nama Remy yang ditulis menggunakan ising berwarna hitam pada kek itu. Memang jelas patah hati sungguh si gadis tersebut.

Video tersebut dimutnaik oleh Hannan Mubarak dan boleh ditonton seperti dibawah:

Tidak keting.ga.lan ibu kepada pelawak Shuib turut men.cu.ri perhatian apabila berkongsi perasaan se.dih dalam gembiranya dengan berita perkahwinan Remy.

Ibu Shuib menitipkan nasihat agar Remy menjadi suami yang baik seperti dalam drama yang dilakonkan oleh lelaki itu sebelum ini.

Perkahwinan Remy dan Ezza turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah apabila berkenan memberi hadiah kepada pasangan itu .

Ramai peminat pelakon itu berteki-teki mengenai isi tiga kotak hadiah diraja berwarna kuning yang diterima itu.

Ramai yang meneka di dalam kotak itu ada songket Pahang, telekung atau masakan air tangan Tunku Azizah.

Setakat ini hanya Remy dan Ezza sahaja yang tahu.

Seronok menjadi seorang bernama Remy Ishak, disayangi peminat sehingga kepada golongan diraja, walaupun ramai yang patah hati rasanya itu hanyalah gurauan semata-mata.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar 1, mStar

[3] Gambar 2, Malaysia Gazette

[4] Gambar utama, Kosmo dan mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.