Tiada Lagi Celoteh Nasihat Aming, Punca Sebenar Didedahkan

Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun bernama Muhammad Aming Salleh Abdullah yang popular dengan perkongsian video berbentuk nasihat di laman Facebook disahkan me.ning.gal dunia, hari ini.

Video penstriman langsung di laman Facebook yang menggunakan akaun bernama Mhd Aming menunjukkan jenazah kanak-kanak itu sedang diuruskan di kediaman keluarganya yang terletak di Tawau, Sabah.

“Salam tak.ziah buat keluarga. Sungguh a.j.a.l itu tidak mengira umur. Macam tidak percaya dia telah pergi menghadap Sang Pencipta. Bersemadilah adik di syurga,” ucap Naziera Izzara.

“Senyum sahaja wajah anak syurga ini. Nampak seperti sedang tidur,” ulas Norsuhada Jaafar.

“Sucinya wajah ar.wah. Macam sedang tidur sahaja. Semoga adik ditempatkan di dalam syurga. Tunggu ibu dan bapa di sana ya nanti. Amin,” komen Putera Danish.

Difahamkan, Muhammad Aming menghembuskan na.fas te.ra.khir selepas mengalami se.sak na.fas kira-kira pukul 1.30 pagi.

Video-video nasihat Muhammad Aming yang disifatkan sebagai comel serta kepetahannya menyampaikan nasihat secara bersahaja dalam loghat Sabah begitu menghiburkan.

Akaun Facebook kanak-kanak itu mempunyai lebih 113,000 pengikut dengan satu daripada videonya yang menasihati orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memakai pelitup muka yang dimuat naik pada 27 Oktober tahun lalu dikongsi lebih 49,000 kali dan mendapat 1.4 juta tontonan.

Video berkenaan turut dimuat naik semula Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu menjadi Menteri Kanan (Keselamatan) di laman Facebook beliau pada 23 Januari lalu.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar 1, Oh My Media

[3] Gambar 2, Sirap Limau

[4] Gambar utama, Kosmo dan Sirap Limau

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.