Datuk Seri Vida Titip Kata-Kata Padu Untuk Bakal Suaminya

Sebagai usahawan berjaya, Datuk Seri Vida menyatakan bahawa beliau hanya akan memilih jodoh atau bakal suami yang sama setaraf dengannya saja.

Beliau berbuat demikian untuk mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi dan sebaya dengannya.

“Ada ke lelaki yang nak dekat saya? Tengoklah saya jenis bru.tal. (las.ak) gini (macam ini). Semua buat, ta.kut la.ri saja nanti.

“Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa, anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya.

“Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti),” luahnya di akaun Instagram miliknya.

Berdasarkan perkongsian video yang berdurasi 7 minit itu, beliau memaklumkan bahawa dia sedang berkerja dengan berdiri di atas pengangkat jentera.

Disamping itu, beliau juga bersyukur dan berterima kasih kepada orang yang sentiasa menyongkong bisnesnya.

Terdahulu, beliau pernah mendirikan rumahtangga dengan Fairuz Ahmad Zainuddin pada tahun 2014, tetapi kemudian ber.ce.rai pada tahun 2017.

Selain itu, beliau dikaitkan dengan seorang pembantu peribadi kacak Ahmad Iqbal Zulkefli, yang juga pembantunya.

Tetapi apa yang menariknya, Iqbal mengakui dirinya selesa meluangkan masa dengan usahawan terbabit hinggakan tidak kisah andai berkahwin dengan Vida.

Sumber:

[1] Rujukan, Utusan, Rotikaya

[2] Gambar 1, Iluminasi

[3] Gambar 2, Rotikaya

[4] Gambar utama, Rotikaya dan Iluminasi

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.