Luar Biasa! Siti Sarah Mencipta Rekod Tersendiri

Majlis penge.bu.mian Princess of Wales Lady Diana pada 1997 disaksikan kira-kira 2 bilion penonton secara langsung di TV di seluruh dunia, menjadikannya peristiwa tunggal paling ramai ditonton di dunia.

Satu lagi peristiwa yang mendapat jumlah penonton yang ramai ialah Konsert Live Aid pada 13 Julai 1985 yang disiarkan secara langsung ke 150 negara.

Ramai yang berusia dalam 50-an masih mengingati lagu We are the World yang dinyanyikan ketika itu. Acara itu disaksikan di kaca TV oleh kira-kira 1.9 bilion orang.

Acara lain seperti Olimpik dan Piala Dunia mendapat tontonan lebih 3.7 bilion penduduk Bumi tetapi itu untuk tempoh beberapa minggu dan beberapa acara.

Kita di Malaysia jarang menyaksikan liputan sebegini meluas kecuali baru-baru ini peristiwa kematian pelantun dan artis Siti Sarah Raissuddin.Majlis penge.bu.mian Siti Sarah yang disiarkan secara ‘live’ di pelbagai platform Facebook dan gerbang syarikat media besar dan kecil disaksikan ratusan ribu orang.

Ulangan video penge.bu.mian itu sahaja mendapat tontonan jutaan kali.

Akaun Facebook dan YouTube kebanyakan syarikat media mendapat tambahan ribuan pengikut sejak berita Siti Sarah dijangkiti C.o.v.i.d sehingga kema.tian.nya.

Tidak pernah seingat penulis, ke.ma.tian seorang artis mendapat liputan dan tontonan sebegini meluas di media sosial.

Malah, media UK seperti BBC menyiarkan kisah kema.tian.nya kerana kisah Siti Sarah itu sendiri sangat menyayat hati.

Seorang ibu penyayang, tiga anak masih kecil, ke.ma.tian pada usia ‘prime’ dalam kehidupan seseorang, mengandung tujuh bulan anak keempat dan dijangkiti C.o.v.i.d menjadikan plot kisah Siti Sarah sesuatu yang mudah meng.gon.cang naluri.

Daripada gambar ketika mencium anak-anak sebelum dimasukkan ke hos.pi.tal, kemudian melahirkan anak sebelum keadaan kesihatan semakin ter.ke.san, iringan majlis bacaan Yasin dan meng.hem.bus.kan na.fas terakhir di awal pagi.

Seawal jam 6 pagi kisah ke.ma.tian Siti Sarah sudah menular di laman berita sehingga selepas itu setiap detik perkembangan sehingga ke tanah perkuburan di Gombak. Tiada yang terlepas.

Ia diikuti dengan setiap ucapan takziah atau pengakuan mengenai kebaikan Allah.yar.ham membantu orang yang su.sah, sekali gus melonjak capaian setiap berita tanpa mengira di mana-mana platform.

Semua syarikat media berlumba-lumba memaparkan apa sahaja mengenai Siti Sarah.

Dilihat kepada keseluruhan plot kejadian, ia sama menyentuh hati atau sebesar seperti kematian Lady Diana.

Seorang wanita yang paling banyak diambil gambar, dikagumi di seluruh dunia, ke.ma.lan.gan n.ge.ri tidak dijangka pada awal pagi, dua anak lelaki yang mana seorang akan mengambil alih takhta, dan acara pemakaman yang dipancarkan ke seluruh dunia.

Kematian Siti Sarah membuktikan kekuatan saluran maklumat, media sosial dan pelbagai platform serta bagaimana ia dapat mencapai dan menyentuh perasaan jutaan penduduk di negara ini.

Siti Sarah akan diingati untuk ribuan sebab yang menjadikan Allahyarham insan yang sangat istimewa di hati orang ramai, peminat atau orang biasa. Lebih besar, Allahyarham juga akan diingati akan tsunami liputan dan tontonan yang mencipta rekodnya sendiri. Al-Fatihah.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar 1, Berita Harian

[3] Gambar 2, Kita Reporters

[4] Gambar utama, Durian Merah dan Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.