(Video) “Tengok ni sengih-sengih, tapi keluar air mata..” – Shuib

Umum mengetahui, hubungan adik beradik boleh diibaratkan sebagai air yang di/cin/cang takkan pu.tus.

Manakala, hubungan antara ibu dan bapa kekal hingga ke akhir hayat.

Dan jika berlaku perse.li.si.han faham, kita hendaklah betulkan dengan cara yang baik.

Selain itu, didikan awal ibu bapa pada usia mereka sangat penting untuk menjamin, inshaAllah keharmonian dan keakraban hubungan keluarga.

Berdasarkan entri terbaru Shuib di halaman Instagramnya, @Sstisarahraissudin dengan kapsyen ringkas seperti dibawah;

Anak oh anak 😂

Biasa la tengah main elok-elok boleh ga.duh, bila tak jumpa, tahu rindu pulak 🤣 Semoga jadi anak-anak soleh dan solehah buat daddy & ar.wah ibu yaa

Terdahulu, menerusi kosmo, Shuib memberitahu anak kedua, Dzahira Talita Zahra, 8, dan ketiganya, Ariq Matin, 6, kerap bertanya tentang ar.wah sebelum tidur.

“Sebelum tidur, kadang-kadang Talita akan menyoal kenapa ibu lama sangat di syurga kerana mereka pernah berjanji nak berjalan, tidur dan berkongsi alat solek sama-sama.

“Mahu atau tidak, saya perlu menceritakan perkara sebenar. Jika tidak mampu nak menjawab, hanya air mata saja jawapannya,” kata pemilik nama lengkap Shahmira Muhamad, 37, itu.

“Uwais sudah faham situasi sebenar dan dialah jadi penenang kepada adik-adiknya. Matin yang paling kerap bertanya secara men.gejut manakala Talita jenis tunjuk emosinya ketika se.dih.

“Allah Maha Besar. Dia ambil bidadari saya dan gantikan dengan anak sulung yang memang mirip seperti ar.wah ibunya termasuklah perangainya,” katanya lagi.

“Sepanjang 17 hari selepas pe.mergian Allah/yar/ham, bukan satu perjalanan yang mudah. Allah beri du.gaan, tapi berkat doa daripada semua orang, saya lalui dengan baik ketika ini.

“Tip.ulah saya tidak se.dih kerana saya tetap manusia biasa tetapi syukur Tuhan telah kurniakan satu kekuatan demi anak-anak.

“Saya sangka semuanya semakin okey tetapi rupa-rupanya rindu itu makin berat tetapi reda semakin bulat. Semoga Allah terus memeluk ar.wah,” katanya lagi.

Sumber:

[1] Rujukan, Sinetron Malaysia dan Kosmo

[2] Gambar 1, Sinetron Malaysia

[3] Gambar utama, Shuib Channel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *