Ini Respons Zizan Selepas Namanya Tidak Tersenarai Dalam Kabinet Menteri

Pelawak dan pelakon, Zizan Razak sekali lagi membuatkan netizen pe.cah perut apabila ‘mempersoalkan’ mengapa namanya tiada dalam pengumuman Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

“Nama-nama Kabinet sudah keluar. Nama saya tiada. Datuk (Seri) Aliff (Syukri Kamarzaman) pun tiada.

“Mungkin nama kami disimpan dalam almari dahulu buat sementara. Pilihan raya seterusnya @aliffsyukriterlajaklaris,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau sebentar tadi.

Hantaran itu mendapat 12,000 tanda suka dengan kebanyakaan netizen memberi reaksi emoji ketawa terbahak-bahak.

“Tunggu Zan. Insya-Allah PRU (Pilihan Raya Umum) tujuh hingga lapan kali lagi. Usaha tangga jaya. Jaga kesihatan saja,” usik Nafie Zi.

“Ajak Datuk Aliff pergi buat kabinet dekat Planet Pluto,” gurau Hafiz Rani.

“Zizang akan dilantik menjadi duta hiburan rakyat Malaysia bertaraf menteri,” ujar Mahadi Hamid.

“Salam Adinda Zizan Razak. Hendak jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kena ada parti politik. Emak saya pun dulu ada ‘parti’ dan tiap kali mesyuarat ada bihun, karipap, agar-agar. Undilah ‘party Tupperware’,” usik Ahmad Kamal Othman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)


Tedahulu, perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Kabinet baharu dibarisi seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri hari ini.

Bagamanapun tiada pengumuman berhubung lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dibuat.

Empat menteri kanan dilantik meliputi Menteri Kanan Pendidikan, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Menteri Kanan Kerja Raya dan Menteri Pertahanan.

Rata-rata Jemaah Menteri yang diumumkan merupakan bekas Menteri dan Timbalan Menteri yang dibarisi kerajaan terdahulu.

Mereka termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri MITI dan  Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Pertahanan.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilantik sebagai Menteri Kesihatan sementara Datuk Seri Dr. Adham Baba pula dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dikekalkan sebagai Menteri Kewangan manakala Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin sebagai Menteri Pendidikan.

Pengumuman hari ini turut menyaksikan pelantikan muka baharu antaranya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula pula dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo dan Instagram Zizan Razak 

[2] Gambar utama, Malakat Tribute News dan Facebook Zizan Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published.