(Video) Bapa 110 Tahun Terpɑksɑ Kayuh Beca, Ini Cerita Sebenarnya

Seorang warga emas dari Blitar, Jawa Timur menarik perhatian di media sosial apabila masih gigih mengɑyuh beca walaupun berusia 110 tahun demi sesuap nasi, lapor Tribunnews, semalam.

Rakaman video memaparkan lelaki bernama Wakid itu dimuat naik dalam aplikasi TikTok oleh salah seorang penumpang yang bertanya tentang kehidupannya.

Menurut Wakid, dia akan keluar mencari pelanggan setiap hari dan hidup sebatang kara selepas ke.ma.tian isteri.

Mengaku memiliki beberapa orang anak, namun mereka semua tinggal di bandar berbeza dan bekerja di sana.

 

“Saya tidak mempunyai tempat tinggal, hanya menumpang tidur di rumah ketua kampung.

“Setiap hari saya keluar mencari pelanggan tetapi sejujurnya, jika ada yang mahu naik beca, saya hanya mampu menolɑknya kerana tidak kuat untuk mengayuh seperti biasa,” kata Wakid.

Tambahnya, walaupun sudah lɑnjut usia, dia masih bersemangat keluar bekerja untuk mencari rezeki.

“Masih semangat asalkan lepas untuk sesuap nasi,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar perkara ini akan sampai ke pengetahuan anak-anaknya serta ramai juga yang mendoakan kesihatan buatnya.

Sekadar perkongsiandan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Video, Novitapu999

Leave a Reply

Your email address will not be published.