Noor Nabila Letak Syarat Tambahan Untuk Jadi Isteri Sharnaaz

Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad ada memuat naik ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun ke.la.hi.ran anaknya, Jebat Jayden yang ke-3.

Namun, apa yang menjadi perhatian komen ditinggalkan be.kas isterinya, Noor Nabila yang memuji Sharnaaz seorang bapa yang baik dan penyayang buat anak mereka.

Nabila juga sempat bergurau dengan menyatakan kepada siapa yang mahu menjadi ibu baru Jebat boleh ting.gal.kan ‘resume’ di ruangan posting berkenaan untuk ditapis dahulu.

“Terima kasih baba (Sharnaaz) kerana telah menjadi bapa yang baik dan penyayang kepada Jebat.

Dia sangat bertuah kerana mendapat bapa seperti awak. Yang nak hantar resume (jadi isteri Sharnaaz) boleh ‘cc’ sini sekali,” tulisnya.

Noor Nabila dan Sharnaaz pernah berkahwin pada 2017. Namun pasangan ini telahpun berpisah sekitar tahun lalu.

Nabila kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada Mac lalu.

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar 2, Rotikaya

[2] Gambar 1, Pa & Ma

[3] Gambar utama, Azhan dan Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.