Ini Respons Ziyad Selepas Emasnya Ditαrik Bαlik

Pingat emas Malaysia milik atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di.dak.wa telah di.ba.tal.kan atas ma.sa.lah teknikal.

Difahamkan, delegasi Ukraine telah membuat pro.tes kepada pihak penganjur kerana men.dak.wa Ziyad lam.bat memasuki callroom dan meminta agar mem.ba.tal.kan kemenangannya sejurus berakhir aksi final acara lontar peluru F20 di Stadium Olimpik sebentar tadi.

Ia sekali gus menyaksikan kemenangan Ziyad dengan catatan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m) di.ba.tal.kan serta merta dan ia turut tertera perkataan ‘DNS’ (Did not start) dalam laman web rasmi Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bagaimanapun, wakil kontinjen negara juga dipercayai telah membuat ban.ta.han semula terhadap pem.ba.ta.lan itu.

Bukan sahaja Ziyad, dua lagi atlet lain iaitu Todd Hodgetts (Australia) dan Congo Villalba Jordi Patricio (Ecuador) turut di.ba.tal.kan penyertaan mereka.

Jika mengikut kepada keputusan rasmi baharu di laman web berkenaan, pingat emas menjadi milik atlet Ukraine, Maksym Koval dengan catatan 17.34m, manakala perak dimenangi rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi (17.30m).

Pingat gangsa pula diberikan kepada atlet Greece, Efstratios Nikolaidis yang sebelum ini mengakhiri keputusan di tempat keempat berdasarkan keputusan awal.

Ekoran itu, Ziyad juga meminta mααf pada rakyat Malaysia yang berharap emas paralimpik dapat dibawa pulang pada hari merdeka.

Ucapan penuh beliau adalah seperti dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YAD (@ziyadzolkefli)

Hasil tinjaun komen pula mendapati rata-rata netizen memberika sokong penuh kepada Ziyad dan menganggap dia adalah juara di hati mereka.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo dan Siakap Keli

[2] Gambar komen, Siakap Keli

[3] Gambar utama, Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.