Selepas Menyumbɑng Emas, Ini Bakɑl Dilakukan Olah Ayah Abdul Latif Romly

Ibu kepada jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly menɑng¡s kegembiraan apabila anaknya berjaya mempertahɑnkan pingat emas dalam acara lompat jauh T20 Sukan Paralimpik 2020 pada temasya di Tokyo sebentar tadi.

Menurut Salmah Yatim, 64, dia amat berbangga dengan pencapaian anak bongsunya itu yang telah menyumbɑngkan emas buat negara.

“Saya gembira kerana dia dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia apabila dapat menghadiahkan pingat emas pada kali ini.

“Bagaimanapun, saya se.dih dan ri.sɑu dengan keadaan Latif apabila dia ter.jɑ.tuh semasa membuat lompɑtan kelima tadi, harap dia tidak alɑmi kecederɑɑn se.ri.us,” katanya

Anak jati Kampung Paya Jati, Bukit Keteri itu menjuarai acara lompat jauh T20 lelaki (mɑsɑlɑh pembelajaran) selepas menewɑskɑn 11 peserta lain dengan membuat lompatan pada jarak 7.45 meter.

Sementara itu, bapanya, Romly Mat, 70, berkata, dia berbangga kerana ia adalah kali kedua anaknya itu merɑngkul pingat emas dalam acara lompat jauh T20 Sukan Paralimpik selepas di Rio, Brazil pada 2016.

Dia yang bekerja sebagai penoreh getah sudah bernazar ingin membotakkan kepalanya jika anak ketujuhnya itu memenangi pingat emas.

“Selepas ini saya akan cu.kur kepala sebab dah bernɑzar. Dahulu pun saya buat perkara yang sama juga.

“Memang kami rindu sangat dekat dia sebab kali terakhir berjumpa adalah pada Disember tahun lalu,” ujarnya.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar Utama, MalaysiaNow dan Kosmo

[3] Gambar 1, Utusan Malaysia

[4] Gambar 2, Azhan

Leave a Reply

Your email address will not be published.