(Video) Lelaki Ini Hidup ‘Bertαpα’ Di Hutan Selama 13 Tahun

Seorang lelaki dari dari Tanah Pasundan, Jawa Barat tinggal seorang diri di dalam sebuah hutan selama 13 tahun dan ber.ta.han tanpa internet dan juga isyarat telefon, lapor laman berita Merdeka.com.

Kisah lelaki bernama Andri itu dipaparkan dalam kandungan YouTube bertajuk Singgahsana Kita.

Andri memilih untuk tinggal di kawasan Gunung Ciarileu, Garut di Jawa Barat seorang diri sejak 2007.

Menerusi video tersebut, dia dilihat hidup dalam sebuah pondok yang serba sederhana dengan diisi barangan peribadi dan satu ruang tidur untuk dia berehat..

Andri menghabiskan masanya sebagai seorang petani dan menanam pelbagai jenis tanaman seperti pokok sawi, cili dan kobis di atas tanah seluas 400 meter.

Kehidupan Andri yang serba kekurangan nampak seperti sukar dijalani namun menurut lelaki itu, dia tidak pernah berasa ter.be.ban malah mengajui kehidupan sederhananya itu membuatkan dia bahagia.

“Apa ke.su.karan yang dihadapi kerana tinggal di dalam hutan?” tanya pengacara rancangan itu kepada Andri.

Lelaki itu kemudiannya mem.ba.las dengan mengatakan tiada apa yang su.kar.

Video tersebut sehingga kini sudah mendapat lebih 1.2 juta tontonan dengan 15,000 tanda suka.

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar utama, Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *