Latif Direhatkan Selama Lapan Minggu

BINTANG olahraga para negara, Abdul Latif Romly menarik nafas lega apabila ke.ce.de.raan pang.kal paha dialaminya disahkan tidak se.rius selepas meraih pingat emas acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 semalam.

Latif, 24, mengalami ke.ce.de.raan tersebut ketika lompatan kelima pada final di Stadium Olimpik, namun bernasib baik apabila keputusan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) mendapati cuma ligamen k0.yak di pangkal paha kirinya.

Jurulatih lompat jauh para negara, Shahrul Amri Suhaimi berkata, Latif berkemungkinan besar perlu berehat selama enam hingga lapan minggu sebelum dibenarkan turun semula menjalani latihan.

“Ketika ini apa yang saya difahamkan daripada pemeriksaan tersebut, Latif mengalami ke.ce.de.raan pangkal paha tahap dua dan hanya memerlukan rehat dalam tempoh enam ke lapan minggu.

“Banyak faktor menyebabkan Latif mengalami ke.ce.deraan seumpama itu terutama beraksi dalam keadaan hujan dan permukaan yang licin.

“Saya lega kerana ke.ce.de.raan itu tidak begitu serius. Kita akan pantau dari semasa ke semasa sebaik tiba di Kuala Lumpur nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, Shahrul turut menjelaskan, pihaknya tidak mahu tergesa-gesa memanggil Latif kembali menjalani latihan walaupun sedar bakal menghadapi jadual padat tahun depan.

“Buat masa ini kita biarkan dia berehat dahulu walaupun kita tahu tahun depan banyak kejohanan besar seperti Sukan Para Asia dan Kejohanan Para Dunia.

“Saya mahu Latif fokus kepada proses pemulihan dan selepas itu barulah kita susun semula perjalanan program dia nanti,” jelasnya.

Terdahulu, atlet lompat jauh Greece, Athanasios Prodromou tampil menghulurkan bɑntuan kepada Abdul Latif Romly yang menɑhɑn kɛsɑkitɑn pada ɑksi final di Sukan Paralimpik Tokyo.

Atlet kelahiran Perlis itu mendedɑhkɑn detik kɛ.ce.de.rɑɑn yang dialaminya sebelum mengesahkan pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara lompat jauh T20 di Stadium Olimpik dengan catatan 7.45 meter (m) pada percubaan kedua.

Bagaimanapun pada sɑingɑn tersebut keadaan bertukar ce.mɑs apabila Latif mengalami kɛcederɑɑan pada lompatan kelima sehingga menyaksikan dia terpɑksɑ menggunakan kerusi roda untuk mendapatkan rɑ.wɑ.tɑn.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar Utama, Kosmo dan mforum

[3] Gambar 1, MalaysiaNow

[4] Gambar 2, Trendsmap

Leave a Reply

Your email address will not be published.