Selepas Meraih Emas, Ini Ganjaran Luαr Biαsa Menanti Latif

Malaysia berjaya merangkul tiga pingat emas dan dua perak secara keseluruhan dalam edisi Sukan Paralimpik Tokyo 2020 kali ini.

Malaysia memperoleh pingat emas pertama melalui jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg).

Emas kedua pula diperoleh melalui acara badminton apabila Cheah Liek Hou berjaya menun.dμk.kan pemain nombor satu dunia dari Indonesia iaitu Dheva Anrimusthi.

Melengkapi sasaran emas negara, jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly pula berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya di Sukan Paralimpik Rio 2016 dan turut memperoleh emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 kali ini.

 Ketiga-tiga mereka akan mendapat wang ganjaran kemenangan yang telah ditetapkan.

Berdasarkan imbuhan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam), pemenang emas Sukan Olimpik atau Paralimpik bakal menerima imbuhan RM1 juta manakala RM300,000 bagi perak dan gangsa RM100,000.

Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) juga diberikan secara bulanan untuk sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000.

Paling mencuri tumpuan orang ramai adalah Abdul Latif yang kini merangkul jumlah keseluruhan sebanyak RM2 juta, selepas berjaya meraih emas dalam dua edisi Sukan Paralimpik.

Ramai juga yang tertanya-tanya, apakah yang akan dilakukan oleh Abdul Latif setelah mendapat wang ganjaran tersebut.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Premium.SinarHarian

[2] Gambar Utama, Wanista dan TheStar

[3] Gambar 1 dan 2, Utusan Malaysia

[4] Gambar 3, TheStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.