Datuk AzizulHusni Datang Berjumpa Datuk Siti Nurhaliza, Datuk K

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohammad Azizulhasni Awang ber.ke.sem.patan bertemu Datuk Khalid Mohamad Jiwa dan isterinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin serta melawat galeri basikal milik mereka.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Azizulhasni berkata, pasangan terbabit merupakan ‘d.1.e-hard fan’ sukan berbasikal dan sangat aktif berkayuh serta pernah menyertai beberapa pertandingan.

Menurut Azizulhasni, beliau juga teruja melihat koleksi basikal milik pasangan terbabit dan paling istimewa adalah koleksi basikal antik milik mereka.

“Masa berada di galeri tu, saya tengok satu persatu secara terpe.rin.ci dan seolah-olah ada alunan ‘mozart’ mengiringi saya, kagum.

“Terima kasih kerana menjemput saya dan saya sangatlah berbesar hati kerana akhirnya dapat bertemu kembali selepas kali ter.ak.hir berjumpa di Melbourne dulu,” katanya di sini hari ini.

Azizulhasni berkata, selain beliau, seluruh ahli keluarganya juga turut meminati Datuk CT (Datuk Seri Siti Nurhaliza).

“Anak-anak saya Amna Maryam dan Amna Khadeeja suka sangat dekat Aafiyah @aafiyahkhalid, jadi saya buat video call dan mereka bersembang secara maya.

“Saya baru tahu, Datuk CT ni bukan hebat menyanyi je, memasak pun boleh tahan juga.”

“Banyak hidangan yang disediakan sendiri oleh Datuk CT dan semuanya sedap-sedap belaka tetapi cucur Datuk CT memang terbaik, saya makan tu sampai menyanyi lagu Percayalahhh,”ujarnya.

Pada masa sama, Azizulhasni turut berterima kasih kepada Datuk K dan Datuk CT kerana mengikuti dan menyokong perjalanan kariernya serta juga layanan istimewa ketika berkunjung ke rumah.

“Didoakan agar dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh Allah selalu dan hubungan silaturahim ini akan terjalin erat selamanya,” kata Azizulhasni lagi.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar-gambar, AzizulHusni

Leave a Reply

Your email address will not be published.