Gara-gara Siti Kassim, Jam Kehabisan Stok

Laman web yang menjual jam tangan jenama Buruj sesak dengan model Buruj Adam Hawa Rose Gold untuk lelaki habis terjual, hari ini.

Pengedar jam tangan tersebut, Mohamad Basri Ibrahim berkata, laman web rasmi menjual jam tangan berkenaan menerima trafik yang amat tinggi sejak semalam.

“Laman web kami menerima trafik yang sangat tinggi sehingga c.r.@.s.h (ra.n@p) dan terpaksa menaik taraf ke cloud hosting (pelayan awan) yang lebih tinggi,” katanya hari ini.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal A.ga.ma), Senator Idris Ahmad menjawab tu.du.han pe.gu.am dan ak.ti.vis Siti Kasim yang men.dak.wa beliau menggunakan jam tangan mewah berjenama Rolex.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS itu menerusi ciapan di laman Twitter berkata, beliau hanya memakai jam tangan jenama Buruj bagi membantu memudahkannya mengetahui arah kiblat serta waktu solat.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ini sudah lama saya pakai. Senang hendak tahu waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat di mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun senang hendak menentukan arah kiblat,” tulisnya.

Terdahulu Siti Kasim dalam satu hantaran di media sosial meminta pengikut laman Twitter miliknya melihat jam berwarna keemasan yang dipanggil Idris yang disangkanya jam jenama mewah Rolex.

Laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini turut memuat naik poster menerangkan maksud perkataan buruj.

“Kata nama (astronomi) sekumpulan bintang yang berdekatan antara satu sama lain pada satu kawasan langit yang dibentuk menjadi transformasi tertentu seperti geometri dan haiwan,” katanya.

Hantaran DBP itu mendapat lebih 4,000 tanda suka dan dikongsi lebih 600 kali.

Sumber:

[1] Rujukan, gambar 1 dan gambar 2, Kosmo

[2] Gambar utama, Dohalalu dan Astro Awani

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.