Naim Daniel Nak Kahwin?

Men.ga.kui masih belum mempunyai teman wanita, penyanyi dan pelakon popular, Naim Daniel meminta agar didoakan dirinya bertemu jodoh.

Diusik vokalis Hujan, Noh Salleh dalam satu sidang media virtual baru-baru ini yang bergurau mengatakan dia sudah bertunang, Naim berkata dia kini seronok dengan kerjaya seni.

“Saya belum bertunang lagi, masih solo. Calon pun tak ada. Tapi, bolehlah doa-doakan saya bertemu jodoh.

“Sekarang, saya seronok untuk terus menerokai kerjaya seni. Alhamdulillah, rezeki masih ada dan karya lagu saya juga diterima baik,” katanya.

Lantang menyuarakan pendapatnya di media sosial, Naim berkata dia bertekad mahu menyampaikan perkara yang baik-baik dan positif sahaja.

“Pada masa sekarang, dengan pe.nu.la.ran C.o.v.i.d didapati ramai orang berhadapan te.ka.nan dan ke.sem.pi.tan hidup. Jadi, perkara itu bukan sesuatu yang membanggakan.

“Justeru, bagi mereka yang aktif di media sosial kena ambil kira pelbagai aspek untuk sesuatu ‘content’ yang nak dibuat”

“Bagi saya sendiri, memang pilih sebarkan perkara yang baik, bermotivasi dan men.yun.tik semangat,” katanya.

Prihatin dengan keadaan dihadapi rakyat yang ke.sem.pi.tan hidup akibat hi.lang pekerjaan kerana C.o.v.i.d, Naim antara selebriti yang tampil menghulur bantuan dengan menyediakan Food Bank.

Sumber:

[1] Rujukan, Rotikaya

[2] Gambar 1 dan 2, Astro Awani

[3] Gambar utama, Astro Awani dan OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.