Ini Respons Cik B, Selepas Datuk Seri Vida Kant0i Nak Kahwin

Terdahulu, Datuk Seri Vida mengulas mengenai perkahwinannya dan dibawah merupakan ucapan beliau:

“Memang betul nak kahwin. Bukan main-main atau publisiti kerana saya rasa memang jodoh dah sampai.”

Demikian kata taikun kosmetik, Datuk Seri Vida atau nama lengkapnya, Hasmiza Othman, 50, berhubung ke.sa.hi.han khabar angin kononnya akan menamatkan zaman jan.da dengan lelaki muda bernama Ahmad Iqbal Zulkefli menjelang Disember nanti.

Vida ketika dihubungi Kosmo! Online memaklumkan, jika Pelan Pe.mu.li.han Negara (PPN) disebabkan v.i.r.u.s C.o.v.i.d sudah di.ta.mat.kan pada Disember, dia mengimpikan sebuah perkahwinan gilang-gemilang.

“Benar dan saya mahukan majlis ‘wedding of the year’. Perkahwinan adalah perkara yang bukan kita selalu buat. Kalau PPN dah ta.mat, saya memang akan adakan majlis besar-besaran tapi semua yang hadir kena lengkap dua d0s dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Tarikhnya saya akan beritahu nanti.

“Saya percaya, bukan hanya media tempatan yang akan hadir membuat liputan tetapi media Indonesia turut akan berpusu-pusu membuat liputan,” katanya yang pernah ditemu bual media Indonesia, Trans7 setahun lalu.

Kata Vida, dia sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT untuk dipermudahkan urusan jodoh dan akhirnya, dia sudah membulatkan tekad untuk berkahwin dengan Iqbal biarpun berjarak usia sebanyak 22 tahun.

“Saya sudah berdoa, dah buat solat Istikharah dan saya pasti, Iqbal adalah jodoh saya. Dia seorang lelaki yang jujur dan bertanggungjawab.

“Saya dah lama berkawan dengannya (Iqbal). Saya tak minta banyak cuma doa yang baik-baik daripada orang ramai agar ikatan perkahwinan kali ini berkekalan hingga hujung nyawa,” ujarnya.

Ditebak tentang penerimaan anak-anak dengan perancangan perkahwinan sekali lagi ini, Vida mengakui belum mempunyai keberanian untuk berbincang soal tersebut dengan anak-anak, terutama anak perempuannya, Cik B atau sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin.

“Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya (untuk berkahwin).

“Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya sendiri. Cik B perlu masa untuk meng.ha.da.pi semua ini. Perlahan-lahan saya akan beritahu dirinya,” katanya.

Malam tadi, menerusi sesi IG Live, perkongsian Vida menarik perhatian ramai apabila berkongsi jangkaan tarikh perkahwinan dengan Iqbal yang juga merupakan bekas pembantu peribadinya.

Meskipun tidak mengumumkan sebarang tarikh, namun Iqbal sendiri tampil memberikan respons ketika sesi live berkenaan dengan meninggalkan komen ringkas yang berbunyi : “Bulan 12”.

Manakala, selepas Cik B mengetahui ibunya bakal melangsungkan perkahwinan, ucapan penuh dia adalah seperti berikut:

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo dan Gempak

[2] Gambar 1, Gempak

[3] Gambar utama, I Like Buzz dan Beautiful Nara

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.