“Saya ingin buktikan kepada masyarakat..” – Naim Daniel, Tapi Dipertikαikαn Oleh Netizan

Penyanyi dan juga pelakon Naim Daniel memberitahu bahawa dia percaya konsep perkongsian rezeki dengan golongan yang memerlukan kerana berpendapat bahawa kebaikan yang dihulurkan akan berbalik kepada dirinya suatu hari nanti.

Ujar Naim kepada akhbar tempatan, dia percaya bahawa kehidupan seseorang termasuk dirinya ibarat putaran roda, ada masa di atas (senang) dan ada masa di bawah (su.sah).

“Tidak sa.l@h untuk berkongsi rezeki lebih kepada orang lain. Sebab saya percaya dengan kehidupan yang diibaratkan seperti roda. Bantuan yang dihulurkan itu pula terbit atas dasar sim.pa.ti yang tidak dibuat-buat.

“Kita tidak tahu kehidupan pada masa akan datang. Apabila kita membantu orang lain, sebenarnya pada masa sama kita juga membantu diri sendiri (mendapat pahala akhirat),” katanya.

Ujar Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, dia cuba untuk menjadi contoh terbaik terutama kepada golongan belia yang berada dalam industri seni kreatif supaya dilihat ‘berguna’ kepada masyarakat.

“Saya ingin buk.ti.kan kepada masyarakat bahawa golongan artis muda juga boleh memberikan sesuatu sumbangan bermakna.

“Kami bukan sahaja berada dalam industri untuk mengecapi kemahsyuran, tetapi juga untuk sampaikan sum.ban.gan bermakna kepada masyarakat walaupun tidak sebesar mana,” ujarnya.

Kata pelantun lagu Purnama itu lagi, dia sedar pada ketika ini ramai pihak yang tertekan dan terkesan disebabkan pan.de.mik C.o.v.i.d sehingga menyebabkan ramai dalam kalangan mereka hi.l@ng pekerjaan dan sumber pendapatan.

“Jadi kenapa kita (golongan artis muda) tidak menjadi duta-duta kecil kepada kebaikan terutama untuk negara kita sendiri?” jelasnya.

Dalam pada itu, Naim turut berpesan kepada pemain industri dengan berita gembira yang diumumkan kerajaan apabila membenarkan sektor industri kreatif dibuka semula supaya tidak terlalu le.k@.

“Saya berpesan pada diri sendiri dan rakan-rakan lain supaya tidak mengambil ke.sem.pa.tan ini (kembali berkarya) untuk me.lang.gar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

“Bekerjalah dengan baik untuk kelangsungan kehidupan dalam industri,” katanya.

Sekadar info, Naim sebelum ini pernah tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan dengan membuka bank makanan atau ‘foodbank’ di stesen minyak Petronas Taman Pelangi Semenyih, Selangor pada Julai lalu.

Antara barangan yang dibeli Naim ialah beras, mi segera, garam, gula, biskut, lampin pakai buang bayi, susu, sardin dan tepung.

Pada masa sama, Naim terbuka menerima cadangan daripada pengikutnya yang mengusulkan untuk menambah dua jenis barangan keperluan iaitu sabun basuh dan tuala wanita.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar 1, Astro Awani

[3] Gambar utama, Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.