Zul Ariffin Tɑrik Diri Dari Semua Pencalonan Di ABPBH, Ini Sebabnya

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, pelakon Zul Ariffin mengumumkan pengundurɑn dirinya daripada sebarang pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34.

Dalam entri tersebut, Zul memberitahu dia sudah pun menghubungi pihak penganjur mengenai perkara itu serta mengucapkan selamat maju jaya buat semua calon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)


“Kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya, Alhmdulillah. Sini saya nak beritahu dan umumkan saya sudah tarik diri daripada semua pencalonan ABPBH34 serta sudah menghubungi pihak BH,” katanya.

Semenetara itu menerusi satu perkongsian di Insta Story, Zul menjelaskan dia menarik diri bukan kerana ingin bersara dari dunia hiburan.

“Jangan risau, saya bukan bersara daripada berlakon, atau berhijrah. Buat masa sekarang saya hanya ingin menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, Zul dilihat kerap bertemu dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Malah, sebelum ini Zul meluɑhkan rasa hatinya yang turut terkesɑn dengan pan.de.mik melanda negara.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya menyokong segala keputusan Zul Ariffin dan mendoakan agar dia terus berjaya.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Rotikaya

[2] Gambar Utama, Zul_Ariffin

Leave a Reply

Your email address will not be published.