Selepas Tiga Jam Bertemu Ayash Affan, Ini Luahan Shuib

BIARPUN tidak dapat meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya bersama isteri tercinta seperti tahun-tahun sebelum ini, pelawak terkenal, Shuib menerima ‘hadiah’ bermakna apabila akhirnya dapat berjumpa dan meluangkan masa selama tiga jam bersama anak bongsunya, Ayash Affan hari ini.

Malah, Shuib menganggap pertemuan itu sebagai satu nikmat yang dianggap cukup indah dan bermakna bersempena hari lahirnya yang disambut pada tanggal 12 September.

“Suhanallah. Alhamdulillah, allahukahbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa tiga jam dengan Ayash Affan. Syukur,” ujarnya.

Kongsi pemilik nama lengkap Shahmira Muhamad, 37, itu lagi, anak bongsunya itu kini berada dalam keadaan sihat dengan berat badan mencecah 2.6 kilogram.

Malah bayi itu turut di.dak.wa kuat meminum susu dan dikurniakan wajah yang sangat comel.

“Alhamdulillah Ayash sihat. Berat sudah mencecah 2.6 kilogram, kuat menyusu dan sangat comel. Muka macam daddy (dirinya) la ibu (panggilan buat Siti Sarah,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib turut menyifatkan kehadiran Ayash sebagai hadiah paling istimewa yang ditinggalkan arwah isterinya iaitu penyanyi,

Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Jaud di sudut hatinya, Shuib berharap agar Sarah tetap berada di sisinya.

“Memang istimewa sangat hadiah dari ibu. Allahuakhbar. Saya berharap awak ada di sini sayang. Saya sayangkan awak,” luah Shuib.

Terdahulu, Shuib berkongsi berita gembira apabila dibenarkan untuk bertemu dengan Ayash selepas sebulan bayi itu dilahirkan di Hos.pi.tal Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Kosmo! pada 25 Ogos lalu melaporkan Shuib memberitahu Ayash yang lahir pra.ma.tang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada in.ku.ba.tor di HCTM UKM dan dijangka dibenarkan dibawa pulang sekitar bulan ini.

Selain itu, Ayash juga telah diberi susu daripada ibu susuannya iaitu sepupu Shuib sendiri.

Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum ibunya iaitu Allah.yar.ham Siti Sarah Raissuddin meng.hem.bus.kan nafas ter.a.khir pada 9 Ogos lalu akibat C.o.v.i.d.

Dalam pada itu, Shuib turut menyifatkan ulang tahun ke-37 tahun ini sebagai tarikh yang luar biasa biarpun sambutannya tidak seperti

tahun-tahun sebelum yang diraikan berganda bersama Siti Sarah memandangkan tarikh ke.la.hi.ran mereka hanya berselang tiga hari, Shuib

pada 12 September manakala Sarah 15 September. Kedua-duanya turut berkongsi tahun kelahiran yang sama iaitu tahun 1984.

Shuib dan Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 itu dikuniakan tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin,

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar, Kosmo dan Instagram Shuib Sepahtu

[2] gambar utama, Teh Tarik Kaw

Leave a Reply

Your email address will not be published.