Akhirnya Ayash Affan Dibenarkan Pulang, Ini Luahan Shuib

Hampir sebulan berada dalam w@d, anak bongsu pelawak Shuib Sepahtu bersama Allahyarham Siti Sarah, Ayash Affan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Lebih manis, berita tersebut diterimanya sehari sebelum hari ulang tahun isterinya yang ke-37 esok.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hadiah hari jadi ibu esok 15 September.

“Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini, syukur Ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan ke.si.ha.tan Ayash,” tulisya dalam InstaStory sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkongsi berita gembira apabila dibenarkan bertemu dan meluangkan

masa selama tiga jam dengan Ayash selepas sebulan bayi itu dila.hir.kan di Hos.pi.tal Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 25 Ogos lalu melaporkan Shuib memberitahu Ayash yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada in.ku.ba.tor di HCTM UKM dan dijangka dibenarkan dibawa pulang sekitar bulan ini.

Selain itu, Ayash juga telah diberi susu daripada ibu susuannya iaitu sepupu Shuib sendiri.

Ayash dilahirkan secara pem.be.da.han tiga hari sebelum Siti Sarah meng.hem.bus.kan nafas te.rak.hir pada 9 Ogos lalu akibat C.o.v.i.d.

Dalam pada itu, Shuib turut menyifatkan ulang tahun ke-37 tahun ini sebagai tarikh yang luar biasa biarpun sambutannya tidak seperti

tahun-tahun sebelum yang diraikan bersama Siti Sarah memandangkan tarikh kelahiran mereka hanya berselang tiga hari, Shuib pada 12

September manakala Sarah 15 September.

Shuib dan Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dikuniakan tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar, Kosmo dan Instagram Shuib Sepahtu

Leave a Reply

Your email address will not be published.