(Video) Mαsαlαh Air Di Kelantan, Ini ‘Rαyuan’ Fizo Omar

Pelakon Fizo Omar meng.ge.sa pihak berwajib khususnya kerajaan negeri Kelantan mengambil tin.da.kan segera bagi men.ga.ta.si ma.sa.lah air ter.ce.mar yang masih dihadapi rakyat negeri berkenaan sehingga hari ini.

Fizo, 36, menerusi satu hantaran Instagramnya melahirkan rasa ke.ce.wa kerana ma.sa.lah kualiti air di Kelantan masih tidak ber.ke.su.dahan sejak sekian lama.

Dalam perkongsian tersebut, Fizo turut memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sendiri melalui pengalaman menerima bekalan air kotor di negeri kelahirannya itu.

“Tolong lakukan sesuatu kerajaan negeri! Bukan nak merungut tetapi sebagai rakyat saya rasa patut bersuara mengenai kualiti air di Kelantan.

Masalah ini bukan isu baru pada hari ini tertapi sudah bertahun-tahun. Air ialah keperluan harian dan tiada pilihan lain selain daripada air dari paip kerajaan,” kata pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar itu.

Tambah pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu, dia berharap agar suaranya sebagai rakyat negeri tersebut didengari dan pihak berwajib mengambil tin.da.kan segera.

“Kepada mana-mana pihak yang berkaitan, saya mohon maad sekiranya hantaran ini mencetuskan rasa tidak selesa tetapi inilah hakikatnya.

“Diharap suara saya ini didengari dan pihak berwajib mengambil tindakan segera untuk kebaikan semua rakyat Kelantan,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengikut Instagramnya turut berkongsi pengalaman apabila turut melalui perkara tersebut. Ramai sependapat dengan Fizo dan sudah tidak boleh bersabar dengan kualiti air yang ke.ruh, ber.b@u dan ber.ke.la.dak yang dihadapi setiap hari.

“Setuju sangat-sangat. Tolonglah bantu isu air di Kelantan. Memang te.ruk sangat, kesian rakyat Kelantan,” komen seorang netizen.

Difahamkan, masalah bekalan ter.gang.gu dan kualiti air ko.t0r sudah lama disuarakan oleh penduduk Kelantan namun isu tersebut masih kerap berlaku sehingga hari ini.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar 1, Harian Metro

[3] Gambar utama, BuzzKini dan Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.